lorrrr..nak main tipu doh..
ayatul kursi
Sunday, August 22, 2010
Saturday, August 21, 2010
Saturday, July 24, 2010
khas utk wanita dan lelaki yg bakal berkahwin..
hari ni aku terbaca artikel bertajuk 'bakal isteri jangan terlalu pemurah' kat majalah wanita...aku suka sgt artikel ni dan aku sgt stuju kaum wanita 'pentingkan diri' terhadap bakal suami...ini kerana, adalah mnjd tggungawab lelaki utk menggung smua itu...seperti suzana kata (penulis artikel dalam majalah wanita) ,
"perkahwinan bukan hanya lambang kesatuan cinta lelaki dan wanita sebaliknya merupakan satu amanah dan tanggungjawab.dalam perkahwinan , suami dan isteri masing2 mmpunyai tugas dan tggungjwab tersendiri yg menjadi hak juga kepada diri suami dan isteri itu juga.
Berkaitan mas kahwin, islam sudah menetapkan agar bakal suami wajib membayar mas kahwin sebagai simbolik kepada pengorbanan seorang wanita yang sanggup mengabdikan dirinya kepada suami," Hatta ditetapkan juga jika mas kahwin adalah hutang maka isteri berhak untuk tidak melayani kehendak seksual suami hinggalah mas kahwin tersebut dilangsaikan. Ibnu Abbas menceritakan , "ketika Saidina Ali menikahi Fatimah dan bersedia untuk bersetubuh, lantas Rasulullah menegahnya sebelum dijelaskan mas kahwin (dengan diberikan sesuatu) . Saidina Ali memberitahu dia tidak mempunyai apa2 yg boleh diserahkan. Lantas, Rasulullah bersabda, "berikan baju perang mu itu." setelah Saidina Ali menyerahkannya kepada fatimah, baru dibenarkan kedua-duanya sebagaimana lazim suami isteri. - Riwayat Abu Daud. Hakikatnya,mas kahwin adalah simbol permulaan tnggungjawab seorang suami kepada isteri. Kemudian menyusul tanggungjawab yg lebih berat terpaksa dipikul oleh suami. kalau mas kahwin dan hantaran (tidak wajib tetapi harus disediakan sebagai satu hadiah), bakal isteri sudah tolong ringankan bebanan, apa jaminan suami anda itu nnt akan laksanakan tanggungjawabnya yg wajib sebagai seorang suami? hantaran tinggi? kenapa perlu letak tinggi kalau sudah tahu bakal suami tidak mampu?kehendak keluarga?berbincglah elok2! anda menggali lubang kubur anda sendiri, suami mudah untuk pulangkan paku buah keras . "eh! dulu msa nak kahwin, boleh saja tolong bayar hantaran dan mas kahwin, takkan nafkah nak berkira pulak?" percayalah! anda pasti mendengar soalan itu. paling penting bukan masalah berkira,sebaliknya soal tanggungjawab. kalau ada suami tapi mkn minum sndiri, rumah bayar kgsi, mcm tggl bujang, apa fungsi suami?sedekahkan sperma? majalah wanita, bil 1392
haha...funny la artikel ni,but i agreed..suka sgt dgn artikel ni,siap sggup taip satu persatu ayat kat majalah tu di blog aku ni..pada sy,apabila seorg lelaki dtg kpd sorg pmpuan,dan dia menyukai nya dan wanita itu juga menyukai nya,hndaklah menikah dgn wanita tu...tugas pertama dia perlu buat sblum menikahi nya ialah mencari mas kahwin...tidak kisah la brapa nilai,itu sbgai tnda dia mghormati martabat pmpuan...lg satu,kalo sorg lelaki tu sggup bekerja keras hanya utk memberi mas kahwin kpd bakal isteri nya,itu adalah satu pghormatan dan sorg wanita itu akan sgt2 jatuh cinta pada lelaki yg bekerja keras utk nya.dan paling utama,rasa hormat...aku juga akn tunduk kalo dpt bakal suami mcm tu... adala satu cerita sahih ni,aku dpt,lelaki tu syg sgt kat gf dia, bila gf dia ajak kawin,dia bg alasan blum ckup duit.. bila dah bg masa, bertahun2, gf dia dlu dpt keja,yg kira stabil la...tp dia masih di takuk lama,oleh kerana gf dia ni x mau kwn lama2,dia ajak kawin lg,tp masih dgn alasan yg sama,dan dia plak minta gf dia ni tlg2 dia sdia hntaran tu kalau nak cpt kawin...amboi...bg pilihan plak...lps tu,bila bncg psl msa depan,dgn bgganya ckp psl kgsi,ko byr itu,aku byr ini,kita kgsi,sma2 susah...ni blum apapa lagi dah mula bahagi tugas...dah tu,org pmpuan kena tggung separuh nfkah,mana nak tggung mkn,bil,tu blum lg penat tggung sakit branak,layan suami, layan anak,keja rumah,yg lelaki,kalau laki tu nak tlg x pe jgk kan,tp ,menurut cter kwn aku ni, dia penah pg rmh bf dia,siap tlg bt kuih utk minum ptg brsama fmily dia, gf nya bepeluh kat dpur buat keja dapur , dia dok sronok borak2 kosong kat rmh jiran sebelah,tgu msa minum ptg siap,bru nak balik...huh,apa kejadahnye...tu ada tanda2 ka dia nak tlg bini dia ni in the future,kalo dia dh sah jd suami kpd gadis malang ni? baik blah...buang tenaga je..syg bkn pkai mulut je,kena la ada bukti nyata....do it in action beb...bru la org pcaya...
Wednesday, June 9, 2010
al-Fatihah - Hjah asiah binti Hj Mustapha
salam semua..tahun ni tahun mencabar bagi aku,aku kehilangan dua insan yang ku panggil nenek...Jumilah binti Rashid dan Hajah Asiah binti Haji Mustapha (dlm gambar)..nenek Jumilah (abah nye mak) mula sakit dan Alzheimer sjak aku di bgku skolah menengah lagi...ni kira nenek yg aku rapat la...manja sgt dgn arwah ni...i like her cook especially ikan msk asam pedas...perghh...time aku kecil,aku mmg x pndai mkn pedas sgt,tp bila dah pekena ikan msk asam pedas dia,smpi ketagih aku....hurmm...arwah tu bila dah start sakit, arwah atok x dpt nak jga dia,sbb dia pun sakit tua,so,abah aku amik la jga kat rmh...sepanjang arwah dijaga oleh kami slama 5 tahun,mmg byk pengalaman aku lalui dgn arwah spnjg hayat nya sakit,dari arwah mula ingat2 lupa dgn org sekeliling nya, masak,mngurus diri, smpi la pertuturannya yg kami x fahami...mmg mula2 aku sukar mo trima hakikat nenek ku dah mula sakit...mula2 aku slalu mengelak nenek psl slalu tnya soalan yang sama ja every 5 minit....tp lama2 aku kesian...aku mula fhm bila aku bca artikel psl sakit org tua...arwah dulunya sorg yg rajin buat keja rmh,mmg rmh arwah dlu kat Labuan mmg sntiasa bersih...seharian arwah hbskan masa dgn bersihkan rumah, bila dah sakit ni,kebiasaan tu x pernah pudar...arwah suka pegi dapur,ruang tamu,kat blkang rumah,kat dduk kat toilet di waktu malam,walaupun rumah x la bersih spt masa arwah sihat,arwah tidak betah duduk diam...1st time jaga nenek aku risau psl nenek tak tido malam...selongkar baju,main syampu, dapur yg berselerakan, baki makanan yang bertumpahan di dapur, smpikan esk pagi nya,arwah tido dgn sos tomato dan toilet brush...sedih nya aku tgk...tahun pertama mmg aku leh bersabar,kdg2 kesabaran leh teruji bila nenek buat hal 2 hingga 3 kali sehari...(maaf nek,aku marah nenek)...kdg2 aku jua x tertahan jaga nenek sbb nenek sgt hiperaktif,nak kurung kejam plak,ikat lagi la x leh...,aku biar ja la dia berjalan2 di rmh...lama2 dah biasa,aku dah x larat nak marah,aku cuma biar je arwah buat sesuka hati nya, lps dia tido,aku bru start kemas rmh,smbunyikan apa yg arwah suka simpan dan ambik....pernah aku nak nangis jaga nenek psl arwah berjalan2 kat rmh,smpi arwah terluka kat dahi dan tangan...aku marah nenek x pandi duduk diam,x hati2..nenek cuma diam...kdg2 dia denied dia x bt apapa...sedih nya bila arwah x igt apapa...termasuk nama ku....x pa la..org tua....hurmmm.....sedih,marah,gembira smua ku rsa dgn nenek...2 tahun terakhir arwah,nenek mula x tau mana tandas, x tau bezakan yg bersih dan kotor,x ble faham apa org ckap...butir prcakapan arwah pun dah x jelas...aku dan adikku hanya mmpu bersabar bila abah mrah dgn kami sbb x pndai bersihkan rmh,tuntutan masa sbgai plajar dan cucu memaksa kami mengabaikan kebersihan rumah...abah mgkin x faham ksusahan menjaga nenek tu bkn sesuatu yg mudah bagi kmi sbgai org muda....yg abah nak tgk,nenek msti sntiasa bersih....tp,arwah x betah jd pembersih,ssh nak bersihkan org tua yg masih bole berjalan tapi dah x igat apapa,nak pakaikan lmpin,arwah ble buka,dan next hour,arwah dah bsah dgn air kencing kat baju dan di katil...tu blum dgn berak...Subhannallah...besar sungguh ujian mnjaga org tua ni...kepayahan menjaga org tua mmg sgt mencabar....syukurlah,kmi adik beradik,masih takut balasan di msa depan...setelah sekian lama kmi tggl dgn arwah,akhirya,pada bln march 2010,beliau pergi menyambut seruan ilahi....sdih dan gembira...sdih sbb arwah org yg kami syg dan jaga ,yg mnjadikan kami matang dan tabah,telah pergi....gembira sbb penderitaan arwah dah berakhir...5 tahun bukan tempoh yg sekejap...slama 5 tahun arwah berseorangan dlm dunia dia sndiri..dan aku pada masa itu telah pergi utk berkursus di negeri 9, smpat patah balik demi utk tgk wajah arwah bt kali terakhir...Ya Allah....ampunilah dosa2 nya...tempatkan la beliau di kalangan org2 yg beriman.amin....slepas pemergian arwah hari yg ke 40,adik ke3 arwah pulak menuruti kakak nya...dan pada bulan jun lps,nenek sebelah mak aku plak telah dipanggil...smua org yg ku syg,telah pun pergi selama nya...smoga roh kesemua nenek ni di cucuri rahmat...al fatihah....
Thursday, April 29, 2010
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)