ayatul kursi

ayatul kursi

Monday, April 25, 2011

Cara Nak Banyakkan Susu Badan



Ada banayk cara untuk memperbanyakkan susu badan untuk anak kecil anda. Dan ada
banyak petua, ada banyak cara serta kaedah yang boleh atau tak boleh anda ikut. Subab
ada orang susah nak jumpa daun sireh, ada orang tak makan lobak puteh dan ada orang
tak makan kacang elegik katanya. Jadi disini tok cuba himpunkan sebanyak mungkin
kaedah untuk memperbanyakkan susu badan.


Kaedah Daun Sireh


Ambil sehelai daun sireh Melayu (dalam gambar)sapukan sedikit minyak kelapa pada
 dauh sirih tersebut. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Nak pakai sterika pun
 boleh juga. Setelah suam, tekapkan pada payudara dibahagian keliling termasuk
 puting. Bila didapati sudah sejuk layur semula supaya suam2 panas semula.
Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. Cara ini dapat
memperbanyak susu badan disamping mencegah penyakit barah payudara.




Kaedah Nasi Panas bersama Halia Muda dan Air Asam


Makanlah nasi masa nasi tersebut tengah panas panas bersama halia muda
yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa. Tapi janganlah
nasi terlampau panas sehingga nak telah pun payah.




Kaedah Longan Kering


Dapatkan buah longan kering dari kedai ubatan tradisional China kemudian
rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan
air hingga kembang. Minumlah airnya semasa ianya masih panas atau panas
suam-suam. Ini adalah cara tradisional orang-orang keturunan China hinggalah
ke Vietnam dan Laos.




Kaedah Lobak Puteh


Dapatkan sebatang lobak putih bersaiz agak sederhana. Cuci bersih dan
kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas air
suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.




Kaedah Bunga Melor dan Daun Pucok Manis


Dapatkan segengam bunga melor yang sedang kembang serta segengam
daun pucok manis. Giling atau blend (jika blend pastikan tidak dicampur air
dengan banyak....ini bagi mempastikan kepekatan) daun bunga melur dan
daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada
waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara
sebelum menyusukan bayi anda.




Kaedah Meminum Susu


Banyakkanlah meminum susu. Tapi jangan minum susu kacang soya (susu
kacang soya banyak yang tak elok dari yang eloknya) Seelok-eloknya ambillah
hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari. Dan kalau dapat susu
kambing yang segar. Tak dapat susu kambing susu lembu yang segar pun kira
okey jugaklah.




Salam Ukhuwah..~


kredit utk tok wan

Sunday, April 24, 2011

Gambaran Hari Kiamat

 ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. 
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

 ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.   Sumber daripada : Amar Sufi

Thursday, April 21, 2011

golongan darah

Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang dijumpai. Transfusi darah dari golongan yang tidak kompatibel dapat menyebabkan reaksi transfusi imunologis yang berakibat anemia hemolisis, gagal ginjal, syok, dan kematian.
Golongan darah manusia ditentukan berdasarkan jenis antigen dan antibodi yang terkandung dalam darahnya, sebagai berikut:
* Individu dengan golongan darah A memiliki sel darah merah dengan antigen A di permukaan membran selnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen B dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah A-negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah A-negatif atau O-negatif.
* Individu dengan golongan darah B memiliki antigen B pada permukaan sel darah merahnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen A dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah B-negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan dolongan darah B-negatif atau O-negatif
* Individu dengan golongan darah AB memiliki sel darah merah dengan antigen A dan B serta tidak menghasilkan antibodi terhadap antigen A maupun B. Sehingga, orang dengan golongan darah AB-positif dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut resipien universal. Namun, orang dengan golongan darah AB-positif tidak dapat mendonorkan darah kecuali pada sesama AB-positif.
* Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen, tapi memproduksi antibodi terhadap antigen A dan B. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif dapat mendonorkan darahnya kepada orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut donor universal. Namun, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O-negatif.
Secara umum, golongan darah O adalah yang paling umum dijumpai di dunia, meskipun di beberapa negara seperti Swedia dan Norwegia, golongan darah A lebih dominan. Antigen A lebih umum dijumpai dibanding antigen B. Karena golongan darah AB memerlukan keberadaan dua antigen, A dan B, golongan darah ini adalah jenis yang paling jarang dijumpai di dunia.
Ilmuwan Austria, Karl Landsteiner, memperoleh penghargaan Nobel dalam bidang Fisiologi dan Kedokteran pada tahun 1930 untuk jasanya menemukan cara penggolongan darah ABO.

SOLAT SUNAT DHUHA

KREDIT PAKCIK LI

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

KREDIT TO PAKCIK LI

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

KREDIT TO PAKCIK LI

CARA SOLAT SUNAT RAWATIB

KREDIT TO PAKCIK LI

Rahsia Hikmah Sujud

kredit to Pakcik Li00

pengecualian dan sunat solat Jumaat

Statistik Umat Islam Di Malaysia






Assalamualaikum...
Tok paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang ketat dan memakai T-Shirt yg ketat

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam/hakim

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon, Wonder Pets dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol, judi dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH



Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Nak Jumpa Doktor Lelaki Atau Perempuan ?

Isu yang ingin dibawa kali ini mungkin agak sensitif, namun amat menyedihkan sekali kerana ianya tidak dianggap serius di kalangan masyarakat kita dan seringkali dipandang remeh. Apa isunya? Tak lain tak bukan, isu nak pilih doktor untuk dapatkan rawatan! Nak jumpa doktor lelaki ke, nak jumpa doktor perempuan?

Kalau ditanya, tidak ramai yang mengambil kira isu aurat dalam membuat pilihan. Lebih ramai yang beranggapan, aurat boleh didedahkan kepada mana-mana doktor sewenang-wenangnya atas maslahat keperluan. Benarkah begitu? Sama-sama kita menghayati terjemahan artikel soal-jawab bersama Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. Artikel asal dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di sini. 


Soalan :

Boleh anda terangkan kepada saya, masalah mengenai pemilihan doktor untuk merawat kita? Menurut apa yang diberitahu oleh cikgu saya, apabila pesakit itu seorang muslimah, sepatutnya pemilihan doktor adalah mengikut urutan keutamaan sebagaimana berikut :

1. Doktor perempuan muslim ;
2. Doktor perempuan bukan muslim ;
3. Doktor lelaki muslim ; dan yang terakhir ialah
4. Doktor lelaki bukan muslim.

Ini bermakna, apabila tiada doktor perempuan di dalam sesuatu bidang pengkhususan rawatan, barulah kita boleh memilih doktor lelaki. Namun begitu, kawan saya pula mengatakan bahawa cikgunya berkata, doktor yang muslim sama ada perempuan atau lelaki menjadi keutamaan, kemudian barulah doktor perempuan atau lelaki bukan muslim.
Saya tertanya-tanya di dalam hal ini. Saya faham bahawa sebagai doktor yang beragama Islam, mereka tentunya lebih amanah daripada yang bukan muslim. Namun, bukankah persoalan mengenai aurat adalah lebih penting di dalam hal ini, dan seterusnya mengelakkan fitnah?

Sebahagian daripada kawan saya (perempuan) telah memilih doktor perbidanan lelaki (muslim) untuk memantau kandungan mereka dan seterusnya menyambut kelahiran bayi mereka, sedangkan di sana masih ramai doktor perbidanan perempuan (muslim dan bukan muslim).

Mohon nasihat dari ustaz.



Terima kasih.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas bantuan ustaz, InsyaAllah.

Jawapan :

Setinggi-tinggi pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam ke atas insan yang diutuskan sebagai rahmat ke dunia ini, iaitu junjungan kita Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Berikut ialah beberapa dasar dan panduan berkenaan isu ini :


Pertama:

Aurat (yang perlu ditutupi) oleh seorang lelaki ialah di antara pusat dan lututnya, kerana Nabi S.A.W pernah berkata:

"Bahagian di antara pusat dan lutut itu adalah aurat." 
(Hadis Hasan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawood dan al-Daaraqutni)
Ia merupakan pendapat majoriti ulama'.

Kedua:

Seluruh bahagian seorang perempuan adalah aurat dan perlu ditutupi daripada orang yang bukan mahramnya, berpandukan ayat (terjemahannya):

"Dan apabila kamu ingin meminta (daripada isteri-isteri mereka) apa-apa yang kamu perlukan, mintalah daripada sebalik tabir"
(Al-Ahzab 33:53)

Juga berpandukan hadith, "Seluruh bahagian badan seorang perempuan adalah aurat." 
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dengan isnad sahih) Ini adalah pendapat yang benar menurut Mazhab Hambali, salah satu dari pendapat Imam Maliki, dan salah satu dari pendapat Imam Shafi'i.

Ketiga:

Memandang aurat dengan sengaja adalah salah satu perkara yang sangat ditegah. Seorang muslim itu perlulah menundukkan pandangannya dan menahan diri dari melihat kepada yang bukan mahramnya.

Allah telah berfirman (terjemahannya) :

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (dari melihat perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (dari melakukan zina dan yang seumpamanya). Demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (dari melihat perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (dari melakukan zina dan yang seumpamanya)..."
(Al-Nur 24:30-31)

Nabi SAW bersabda :

"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain dan seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan yang lain." 
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Dan baginda S.A.W pernah berkata kepada Saidiana Ali r.a :

"Janganlah kamu melihat peha seseorang, samada yang masih hidup atau yang telah mati."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, hadis sahih).

Keempat :

Jika ianya haram untuk melihat aurat, ianya juga haram untuk menyentuh aurat, walaupun berlapik dengan kain atau pakaian. Nabi SAW pernah bersabda:
"Aku tidak berjabat tangan dengan perempuan." 
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad, hadis sahih)
Dan baginda SAW juga pernah bersabda:

" Jika salah seorang daripada kamu hendak ditikam di kepalanya, itu adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak dibolehkan untuknya sentuh (bukan mahram)." (Diriwayatkan oleh Imam Tabrani, hadis sahih)

Imam Al-Nawawi r.a pula pernah berkata:

"Di mana ianya dilarang untuk melihat, ianya juga dilarang untuk menyentuh, dan menyentuh itu lebih ditegah, kerana ianya lebih disukai (mendatangkan keseronokan)."

Kelima:

Perkara yang dikira aurat terdiri daripada pelbagai jenis dan tahap-tahapnya. Bahagian yang "paling aurat" ialah bahagian kemaluan samada depan atau belakang. Kemudian, bahagian yang "kurang aurat" ialah seperti peha seorang lelaki di depan sesama lelaki.

Keenam :

Kanak-kanak kurang daripada 7 tahun tidak termasuk di dalam peraturan aurat ini. Aurat seorang kanak-kanak lelaki yang sudah dapat membezakan perkara (mumayyiz) - antara umur 7 hingga 10 tahun - adalah bahagian kemaluan, manakala aurat kanak-kanak perempuan seusia itu pula ialah dari pusat sehingga ke lutut (peraturan di atas adalah di dalam keadaan tiada ketakutan atau fitnah).

Aurat mayat pula ialah sama seperti aurat bagi orang yang masih hidup. Manakala bagi orang yang jantinanya tidak jelas pula (khunsa), auratnya ialah seperti seorang perempuan, kerana dia mungkin sebenarnya seorang perempuan.

Ketujuh :

Di dalam keadaan keperluan, perkara yang biasanya haram adalah dibenarkan. Para ulama' bersepakat bahawa adalah dibolehkan untuk seorang doktor lelaki melihat bahagian sakit seorang pesakit perempuan apabila perlu, tetapi di dalam batasan syari'at. Begitu juga, doktor lelaki adalah dibenarkan untuk melihat aurat pesakit lelaki. Tetapi, dia hanya dibenarkan melihat di bahagian yang sakit setakat yang perlu, dan tidak berlebih-lebihan.

Peraturan yang sama juga adalah terpakai bagi doktor perempuan. Peraturan ini berdasarkan kepada pendapat mengutamakan kepentingan menyelamatkan nyawa berbanding kepentingan melindungi aurat, di dalam kes-kes yang melibatkan konflik di antara dua kepentingan ini.

Kelapan :

"Keperluan perlu dinilai berdasarkan tahap-tahapnya." Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa dibenarkan untuk mendedahkan, melihat, menyentuh dan sebagainya, untuk tujuan rawatan di dalam kes keperluan yang perlu disegerakan. Namun, di dalam apa keadaan sekalipun, adalah tidak dibenarkan untuk melewati batasan syariat Islam. Peraturannya adalah seperti berikut:

Keutamaan perlu diberikan kepada rawatan oleh doktor yang sama jantinanya dengan pesakit. Apabila seorang pesakit perempuan perlu didedahkan auratnya (untuk tujuan rawatan), pilihan utama perlu diberikan kepada doktor muslimah yang berkelayakan. Jika tidak ada, turutan pilihan seterusnya ialah doktor perempuan bukan muslim, doktor lelaki muslim, dan yang terakhir, doktor lelaki bukan muslim. Jika keadaan penyakit itu memadai hanya dirawat oleh doktor perubatan biasa perempuan, pesakit itu tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki walaupun doktor lelaki itu adalah doktor pakar. 

Jika memerlukan doktor pakar, pesakit itu perlu mendapatkan rawatan daripada doktor pakar perempuan, tetapi jika tidak ada, barulah dibenarkan baginya untuk dirawat oleh doktor pakar lelaki. Jika doktor pakar perempuan itu tidak cukup berkemahiran untuk mengendalikan keadaan penyakit pesakit itu, dan memerlukan penglibatan doktor pakar lelaki yang berkemahiran tinggi dan layak, maka dibenarkan untuk pesakit itu dirawat oleh doktor pakar lelaki itu. Jika ada doktor pakar lelaki yang lebih berkemahiran, dan lebih berpengalaman daripada doktor biasa perempuan, pesakit perempuan itu masih tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan doktor pakar lelaki, melainkan jika keadaan penyakitnya memerlukan kemahiran dan pengalaman doktor pakar lelaki itu. Menggunakan kaedah yang sama, seorang pesakit lelaki tidak sepatutnya dirawat oleh doktor perempuan sekiranya masih ada doktor lelaki yang boleh menjalankan rawatan.
Pesakit tidak dibenarkan mendedahkan auratnya lebih daripada yang diperlukan, iaitu hanya bahagian yang sakit sahaja perlu didedahkan. Pada masa yang sama, doktor yang merawat perlulah menjaga pandangannya seboleh mungkin, dan dia perlulah sedar bahawa dia sedang melakukan sesuatu yang pada dasarnya adalah haram, dan dia perlulah memohon keampunan daripada Allah untuk perbuatannya yang mungkin melewati batasan syari'at.

Sekiranya dapat dirawat hanya dengan menjelaskan keadaan penyakit yang dialami, maka tidak dibolehkan untuk pesakit mendedahkan auratnya; sekiranya dapat dirawat hanya dengan melihat, maka tidak dibolehkan untuk doktor menyentuh pesakit yang bukan mahramnya itu; sekiranya dapat dirawat dengan sentuhan yang beralaskan kain, maka tidak dibolehkan untuk mengalihkan kain itu, dan begitulah lagi lain-lain situasi.
Walaupun syari'at Islam membenarkan pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki (dalam keadaan keperluan, dan dengan peraturan-peraturan yang telah dinyatakan sebelum ini), tapi ia hanya jika pesakit itu ditemani, dan bukan keseorangan. Bermakna, pesakit itu perlu ditemani samada oleh suaminya, mahramnya atau perempuan lain yang boleh dipercayainya.

Doktor lelaki itu juga perlulah merupakan seorang yang boleh dipercayai, dan tidak diragui berkenaan kelakuan dan komitmen agamanya. Dalam kes ini, memadailah hanya dengan menilai raut wajahnya.

Apabila sesuatu bahagian badan itu dianggap lebih aurat, maka lebih ketatlah syarat yang dikenakan. Menurut penulis kitab Kafaayat al-Akhyaar: "Ketahuilah bahawa kelonggaran di dalam keadaan keperluan ialah hanya dengan melihat tangan dan muka. Untuk melihat bahagian badan yang lain, memerlukan sebab yang pasti dan jelas, manakala untuk melihat bahagian yang sulit, memerlukan sebab yang lebih-lebih lagi pasti." Oleh itu, seorang Muslimah perlulah lebih tegas dalam menjaga auratnya di dalam kes-kes seperti melahirkan anak, dan bersunat bagi kanak-kanak perempuan.
Keperluan rawatan juga perlulah segera, seperti keadaan berpenyakit, rasa sakit yang tidak tertahan, keadaan badan lemah yang membimbangkan dan sebagainya. Sekiranya tidak berpenyakit atau tidak perlu disegerakan, maka tidak dibolehkan untuk mendedahkan aurat, seperti dalam kes di mana pesakit itu sendiri yang mengandaikan dirinya sakit, atau di dalam kes hal-hal luaran.

Semua peraturan yang dinyatakan di atas hanyalah bagi keadaan di mana tiada kemungkinan fitnah atau hasutan nafsu baik dari pihak doktor atau pesakit itu sendiri.

Akhir sekali, asasnya ialah mengingati dan takutkan Allah S.W.T di dalam berhadapan isu yang penting sebegini. Syari'at telah menetapkan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan kita, dan telah menggariskan panduan yang jelas dan serius. Satu masalah yang sangat menular pada masa kini ialah kelalaian atau sikap acuh tidak acuh masyarakat kita berkenaan isu mendedahkan aurat di klinik-klinik dan hospital, seolah-olah dibolehkan mendedahkan segala-galanya kepada seorang doktor dan membiarkannya melakukan perkara-perkara yang tidak dihalalkan dalam agama. Keadaan yang sama juga terjadi kepada program-program pendidikan yang dibawa tanpa tapisan dari negara-negara kafir, mencontohi mereka dengan bersikap lalai atau acuh tidak acuh berkenaan hal ini di dalam pendidikan, latihan dan maklumat.

Orang-orang Islam perlulah memberi perhatian di dalam memberi pendidikan kepada wanita-wanita yang layak di dalam bidang pengkhususan perubatan yang pelbagai ini, supaya keperluan kemaslahatan kaum muslimah dapat dijaga. Pihak hospital juga perlulah mengeluarkan jadual dan menyusun atur sistem giliran (shift) di hospital dan klinik supaya keperluan muslimah tidak dianggap sebagai perkara yang menjengkelkan, atau diabaikan atau disusahkan (mungkin dimarahi) oleh doktor lelaki apabila pesakit meminta dirawat oleh doktor perempuan.

Kita memohon kepada Allah S.W.T supaya membantu kita memahami agama Islam dengan lebih sempurna, membantu kita mentaati syari'at Islam dan menjaga hak-hak sesama orang-orang Islam. Allah jualah tempat meminta pertolongan dan menunjuk ke jalan yang lurus.

kredit: Soal Jawab Islam Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid