ayatul kursi

ayatul kursi

Thursday, November 24, 2011

SOLAT SUNAT MEMUDAHKAN ROH KELUAR

Sakaratul maut adalah peristiwa sakitnya kematian. Penderitaan yang paling akhir bagi seorang yang hidup. Sebelum nyawa manusia dicabut, terlebih dahulu ia akan mengalami pedihnya sakaratul maut. Itulah proses kematian anak Adam, yaitu ketika terjadi perpisahan antara raga dan nyawa. Setiap anggota tubuhnya akan saling mengucapkan selamat berpisah kepada satu sama lain. Proses itu sungguh menyakitkan dan suatu peristiwa yang sangat dahsyat.

Allah Swt berfirman, 

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada saat orang-orang zhalim berada dalam tekanan sakaratul maut” ( Al-an’am 93 )

Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya semua manusia pasti mengalami sakaratul maut. Dan sesungguhnya sendi-sendi tulangnya, masing-masing mengucapkan salam perpisahan kepada yang lain seraya berkata, “Semoga kamu sejahtera. Kamu berpisah dariku, dan aku pun berpisah darimu sampai hari kiamat.”( dikeluarkan oleh Said bin Mansur ).

Sesungguhnya sakaratul maut adalah perkara yang sangat menyakitkan. Lebih sakit daripada dipenggal dengan pedang, atau digergaji dengan gergaji atau digunting dengan gunting. Subahanallah, walhamdulillah wa lailahaillallah wawllahuakbar walahaula walaquwata illabillahil ngaliyil ngadzim.

Cara melaksanakan solat:

Dilaksanakan solat ini selepas Fardu Maghrib pada malam jumaat, disunatkan mendirikan solat sunat dua rakaat meminta Allah SWT agar dipermudahkan roh keluar sewaktu sakaratul maut. 

1. Lafaz Niat:







Usalli sunnata tashi lilmauti rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya: "Sahaja aku solat memudahkan roh keluar dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Bacaan Dalam Solat

1. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu surah Az Zilzal 1x.

2. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu surah yang sama sebanyak 15 kali.

















Selepas selesai solat bacalah doa ini.















Ertinya:

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, tiada Tuhan melainkan Allah, raja yang hak yang nyata, Muhammad adalah pesuruh Allah yang benar dan dipercayai. Wahai Allah! Wahai Yang Kekal kelebihanNya keatas umat manusia, wahai yang kedua tanganNya sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai orang yang pemurah dengan pemberian, rahmatilah penghulu kami Muhammad sebaik-baik manusia, ampunilah kami, wahai Tuhan Yang Maha Tinggi di dalam kehidupan ini".

Wasallam.

credit to : resepirahsiaku.com

DOA-DOA DAN AMALAN UNTUK SUAMI ISTERI YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA YANG BERAT

N3 ini dibuat atas permintaan seorang hamba Allah yang menghadapi krisis rumahtangga yang berat. Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT yang telah meluahkan isi hatinya melalui email supaya diberi Allah SWT kesabaran yang tinggi kepadanya dan sama-sama kita mendoakan rumahtangganya kembali aman sejahtera. 

Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda: 

Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.

Jika anda sayangkan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Maka carilah jalan dan ikhtiar mengatasi dengan sebaik-baiknya. Jangan korbankan kasih sayang anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu "CERAI". 

Ujian Allah SWT kepada hambaNya datang berbagai bentuk. Yang kaya atau yang miskin tidak dapat lari daripada ujianNya. Pada suami atau isteri jika pasangan anda buat hal janganlah bersedih kerana Allah SWT itu sedang menguji kesabaran dan keimanan anda. Jika hambaNya sabar maka syurgalah balasannya. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: 

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan dari hadis diatas bahawa tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 

Untuk para isteri atau suami yang sabar dengan pasangan masing-masing ingat hadis Nabi SAW ini. Jika rumahtangga anda dilanda badai dan taufan sebenarnya Allah SWT sedang menguji kamu samada sabar ataupun tidak sabar.

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila Allah kasihkan seseorang hamba, nescaya Dia akan mengujinya dengan bala' untuk mendengar doa dan rayuannya"

Rumahtangga yang aman sejahtera boleh berubah menjadi mimpi ngeri oleh beberapa faktor. Diantaranya adalah:-
  • Suami curang dengan wanita lain - main kayu3.
  • Masalah suami kuat berjudi, kaki minum dan abaikan tanggungjawab.
  • Isteri curang ada kekasih baru.
  • Suami panas baran atau isteri kuat membebel.
Ikut amalan-amalan dan doa-doa ini. Jika terdaya lakukanlah. Jika tidak terdaya jumpalah ustaz-ustaz di pusat rawatan islam. InsyaAllah diberkatiNya.

Langkah 1.

MANDI AIR YANG DIBACA.

Sebelum memulakan amalan dan doa-doa dibawah. Anda yang dalam keadaan kerunsingan, susah hati, kecewa dan hampir putus asa juga tertekan hingga tidak dapat berfikir dengan jelas dan terang dan bercelaru ataupun disihir.  Siap air satu baldi penuh. 

1.Baca ayat-ayat berikut

1.1 Istighfar -3x.
1.2 Surah Al Ikhlas,Surah Al Falak,Surah An Nas - 3 x.
1.3 Ayatul Kursi - 10x.
1.4 Al-Fatihah - 20x. (Ditiup setiap kali habis baca)

Selesai semua bacaaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang serta lapang dada. Segala kerunsingan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atau mengikut anda akan lari dari anda. (Kadangx ilmu pembenci mengguna sihir iaitu jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali). Tawakal padaNya.

Langkah 2

SOLAT HAJAT

2.1  Lakukan solat hajat sebaiknya 2/3 malam.

2.2 Minta Allah SWT buka pintu hatinya supaya kembali kepangkuan serta kasih sayangnya kepada anda dan anak-anak. 

2.3 Minta Allah SWT tutupkan pintu hatinya kepada perkara berikut: 
  • Lupa kepada kekasih gelapnya.
  • Hilangkan keinginan untuk berjudi.
  • Hilangkan ketagihan arak jika suami seorang pemabuk.
*Terserah pada keadaan punca yang menyebabkan krisis tsb.

Langkah 3.

DOA-DOA YANG DIBACA SELEPAS SOLAT HAJAT

Baca doa-doa tersebut dengan mengikut adab-adab berdoa.(Klik: SINI SINI)

3.1 Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati.
3.2 Doa Memohon Ketabahan Hati.
3.3 Doa Perlindungan Dari sebarang Sihir.(3 Doa)
3.4 Doa Minta Kebahagiaan Sejati atau Doa Pengikat Kasih Sayang(Klik: SINI)
3.5 Doa Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat.
3.6 Istighfar 100x.
3.7 Salawat Nabi 10x

*Jika suami atau isteri yang banyak dosa kerana maksiat zina, minuman keras dll. Hati mereka diselaputi titik-titik hitam yang menyebabkan hati mereka keras. Sukar mendapat dihidayah dari Allah SWT. Oleh itu Doa Menutup Dan Membuka Hati dibaca berulang-kali agar keinginan dan ketagihan kearah perkara yang mungkar dihapuskan dahulu.

SENARAI DOA-DOA YANG PERLU DIBACA SEPERTI BAB 3.1 - 3.5

1. Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati.


















Maksudnya:

15. Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

2. Doa Memohon Ketabahan Hati.










Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". 

3. Doa Perlindungan Diri Dari Terkena Sebarang Sihir.

Doa (3.1):











Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).












Maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

Doa (3.3):










Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

4. Doa Memperolehi Kebahagiaan Yang Sejati.








Maksudnya:

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).

5. Doa Kebahagian Dunia Dan Akhirat.








Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

Nota:

Pembaca yang "copy Dan Paste" N3 ini. Sila letakkan link blog ini untuk memudahkan komen dari pembaca dibalas sekiranya perlu panduan yang terperinci. email: captbokkhari@yahoo.com

Wasallam.