ayatul kursi

ayatul kursi

Monday, April 30, 2012

6 Nifas dan Hukum-hukumnya


Nifas (النفاس) ialah darah yang keluar dari rahim wanita atas sebab melahirkan anak. Ia keluar sama ada di saat melahirkan anak, selepas melahirkan anak atau dua hingga tiga hari sebelum melahirkan anak. Yang terakhir (sebelum melahirkan anak) hendaklah yang disertai dengan tolakan melahirkan anak(terasa nak bersalin).
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Apa yang dilihat oleh wanita semasa bermula tolakan bersalin ialah darah nifas. Ia (nifas) tidak disyaratkan oleh dua atau tiga hari sebelum bersalin tetapi disyaratkan oleh tolakan yang mengiringi bersalin. Jika berlaku pendarahan selain itu (tolakan bersalin), maka ia bukan nifas.
Para ilmuan berselisih pendapat tentang tempoh bagi nifas, sama ada lama atau pendek. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Bagi nifas tidak ada tempoh minimum atau maksimum. Jika ditakdirkan seorang wanita melihat darah lebih daripada 40 atau 60 atau 70 hari lalu kemudian barulah ia berhenti, maka itu adalah darah nifas. Akan tetapi jika pendarahan berlaku secara berterusan (melebihi tempoh di atas) maka ia adalah darah fasid (istihadah). Maka batasnya (bagi kes ini) ialah 40 hari kerana sesungguhnya tempoh 40 hari adalah kebiasaan (bagi wanita yang sudah bersalin) sebagaimana yang disebut dalam atsar-atsar (pendapat tokoh terdahulu). [al-Risalah fi al-Asma’ allati ‘Alaq al-Syar‘i al-Ahkam biha, ms. 37]
Berdasarkan penjelasan di atas:
  1. Apabila menjadi kebiasaan bagi seorang wanita untuk mengalami nifas melebihi 40 hari dan dia dapat mengenali tanda berhentinya, maka hendaklah dia menunggu sehingga nifasnya berhenti.
  2. Jika hal di atas bukanlah kebiasaan bagi dirinya, hendaklah dia menjadikan tempoh 40 hari sebagai tanda berhenti. Hendaklah dia mandi wajib setelah genap 40 hari. Pendarahan seterusnya dikira sebagai istihadah dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum istihadah sebagaimana yang dibahas sebelum ini.
  3. Jika nifas berhenti dalam tempoh kurang 40 hari, maka (setelah mandi wajib) dia dianggap suci tanpa perlu menunggu genap 40 hari. Akan tetapi hendaklah dipastikan bahawa nifasnya benar-benar sudah berhenti. Jika nifasnya hanya berhenti dalam tempoh kurang sehari, dia belum dikira sudah berakhir tempoh nifasnya.
  4. Jika nifas bersambung dengan haid, maka hendaklah dia tunggu sehingga berhenti haidnya. Diwajibkan ke atasnya hukum-hukum haid sebagaimana yang dibahas sebelum ini.
Pendarahan hanya boleh dikategorikan sebagai nifas apabila ia keluar dengan sebab fitrah mengandung dan melahirkan anak. Jika ia keluar dengan sebab selain itu, seperti keguguran, maka ia bukanlah nifas tetapi darah penyakit (al-‘Irq) yang diwajibkan ke atasnya hukum-hukum istihadah.
Masa yang paling awal untuk nifas secara fitrah ialah 80 hari sedangkan yang lazim ialah 90 hari daripada hari mula hamil. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menulis, sebagaimana yang dinukil daripada kitab al-Iqna’:
Apabila berlaku pendarahan kerana tolakan bersalin sebelum 80 hari (daripada hari mula hamil), maka janganlah dipedulikan (kerana ia bukan nifas). Seterusnya:
1.        Jika berlaku pendarahan selepas 80 hari kerana tolakan bersalin, hendaklah dia tidak bersolat dan tidak berpuasa (kerana ia adalah nifas).[1]
2.       Jika berlaku pendarahan selepas 80 hari kerana keguguran, hendaklah dia mendirikan solat dan berpuasa (kerana ia bukan nifas tetapi istihadah).
3.       Jika tidak jelas baginya (sama ada pendarahan disebabkan kehamilan atau keguguran) maka hendaklah dihukum berdasarkan yang zahir (yang paling diyakini).[2]

Hukum-Hukum Nifas

Sebagaimana haid dan istihadah, terdapat beberapa hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang mengalami nifas. Secara umumnya hukum-hukum nifas adalah sama dengan hukum-hukum haid kecuali dalam perkara-perkara berikut:

Pertama: Iddah.
Nifas tidak dijadikan ukuran iddah bagi seorang isteri yang dijatuhkan talak (diceraikan) oleh suaminya. Oleh itu apabila seorang isteri yang hamil dicerai oleh suaminya, maka tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak, bukan dengan berhentinya nifas. Apabila seorang isteri yang baru sahaja melahirkan anak dicerai oleh suaminya, maka iddahnya ialah menunggu hingga datang haid lalu dikira berdasarkan putaran haidnya, bukan berdasarkan nifasnya. Yang terakhir ini (iddah berdasarkan putaran haid) adalah sebagaimana yang telah dibahas dalam Bab 4, hukum haid yang Ketujuh danKelapan.

KeduaIla’
Ila’ ialah tindakan seorang suami yang bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya buat selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang melebihi empat bulan. Jika ini berlaku, maka tempoh empat bulan (atau lebih sebagaimana yang disumpah) dikira berdasarkan putaran haid isteri dan bukan berdasarkan nifasnya.

Ketiga: Baligh.
Tahap baligh bagi seorang wanita diukur berdasarkan datang haid dan bukan datang nifas. Ini kerana seorang wanita tidak mungkin akan mengalami nifas jika dia tidak hamil, dan dia tidak mungkin akan hamil jika tidak terlebih dahulu mengalami haid.

Keempat: Nifas yang terputus-putus
Bagi darah haid, jika ia keluar, kemudian terhenti sebentar, kemudian keluar semula, maka mudah untuk diyakini bahawa yang keluar semula itu adalah haid juga. Sebagai contoh, seorang wanita yang lazimnya memiliki tempoh haid lapan hari setiap bulan, lalu dia haid pada empat hari yang pertama, kemudian ia terhenti pada hari kelima dan keenam, kemudian ia keluar semula pada hari ketujuh dan lapan, maka mudah untuk diyakini bahawa yang datang semula pada hari ketujuh dan lapan tersebut adalah haid juga.

Berbeza pula bagi darah nifas, para ilmuan berbeza pendapat ke atas kes nifas yang terputus. Umumnya terdapat dua pendapat:
Pendapat Pertama:
Apabila nifas terhenti sebelum 40 hari kemudian ia keluar semula pada hari ke-40, maka yang keluar semula itu dikategorikan sebagai “darah yang disyaki”. Dalam kategori ini, wanita yang mengalaminya wajib bersolat dan berpuasa. Sebelum itu ketika sedang nifas, diharamkan ke atasnya apa yang diharamkan ke atas wanita yang sedang haid.[3] Dia wajib mengqada puasanya selepas suci (jika dia nifas dalam bulan Ramadhan). Ini adalah pendapat yang mayshur dalam Mazhab Hanbali.
Pendapat Kedua:
Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor nifas, maka ia adalah nifas. Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor haid, maka ia adalah haid.[4] Apabila darah keluar secara berterusan, ia adalah istihadah.
Pendapat yang kedua inilah dianggap yang benar. Imam Ibn Qudamah rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 349 menukil kata-kata Imam Malik rahimahullahJika dia (wanita) melihat darah selepas dua atau tiga hari, yakni selepas habis nifas, maka ia adalah darah nifas dan jika selepasnya ( lebih dari tiga hari) maka ia adalah darah haid.[5] Pendapat kedua ini juga merupakan pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.

Kelima: Bersetubuh
Apabila seorang wanita menjadi suci daripada haidnya lebih awal daripada tempoh yang biasa baginya, diharuskan bagi suami menyetubuhinya. Akan tetapi apabila seorang wanita yang sedang nifas suci daripada nifasnya lebih awal daripada tempoh 40 hari, wujud perselisihan pendapat sama ada harus atau tidak bagi suami menyetubuhinya.
Yang benar diharuskan bagi suami menyetubuhinya dan ini adalah pendapat majoriti ilmuan. Untuk berkata “tidak harus” memerlukan dalil syarak padahal tidak wujud dalil syarak dalam permasalahan ini. Terdapat sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah di mana isteri ‘Utsman ibn Abi al-‘Aas (yang baru suci daripada nifas) telah menghampirinya padahal di saat itu belum genap tempoh 40 hari. Maka ‘Utsman berkata: “Janganlah kamu menghampiri aku.”Kisah ini tidak boleh dijadikan dalil menghukum “tidak harus” kerana tindakan ‘Utsman mungkin di atas sikap berhati-hati kerana tidak yakin bahawa isterinya telah benar-benar suci atau akan keluar darah semula disebabkan persetubuhan atau sebagainya, Allah yang lebih mengetahui.


[1]           Dalam ertikata lain, syarat nifas ialah (1) ia keluar disebabkan tolakan bersalin dan (2) Ia keluar selepas 80 atau 90 hari daripada hari mula hamil (penyunting)
[2]           Demikian adalah bagi zaman Ibn Taimiyyah yang meninggal dunia pada tahun 728H. Alhamdulillah, di masa kini sudah ada peralatan yang boleh menentukan kehamilan atau keguguran. Maka mudah bagi seorang wanita untuk membezakan pendarahannya sama ada disebabkan kehamilan (nifas) atau keguguran (istihadah). (penyunting)
[3]           Seperti solat, puasa dan tawaf. (penyunting)
[4]           Yang dimaksudkan dengan faktor nifas ialah hamil, disertai tolakan dan paling awal 80 hingga 90 hari selepas hari pertama hamil. Faktor haid adalah apa yang selain daripada faktor nifas kecuali jika ia berterusan, maka ia adalah istihadah. (penyunting)
[5]           Maksudnya jika nifas terhenti kurang daripada tiga hari lalu kemudian keluar semula, yang keluar itu adalah nifas juga. Jika nifas terhenti lebih daripada tiga hari lalu kemudian keluar semula, yang keluar semula itu bukanlah nifas tetapi haid. Maka tempoh berhenti selama tiga hari adalah pembeza antara darah nifas atau haid. (penyunting)

CARA MEMASTIKAN SUCI DARI HAID


Soalan; Assalamulaikum. Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci dari haidnya. Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid yang terakhir. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

2. Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

3. Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj. Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih ada kesan/tanda darah.

4. Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

Wallahu a'lam.

Beautiful Maria Of My Soul

Kisah kali tentang pengalaman seorang pengamal perubatan islam iaitu darul manzil...kisah benar yg aku rasa agak menarik untuk kita baca. lagipun kalau korang ada masalah berkaitan ngn makhluk halus leh jupe dia..hebat betul 


Saya didatangi sepasang suami isteri bersama anak remajanya yang berumur 16 tahun. Si ibu memulakan bicara mengatakan bahawa anaknya kelihatan pelik sejak beberapa bulan ni. Kata si ibu, anaknya selalu menyanyi lagu inggeris terutamanya selepas jam 12 malam. Bapanya pula mencelah mengatakan bahawa anaknya tidak tahu berbahasa inggeris dan lembap dalam pelajaran.


Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, pelajarannya meningkat secara mendadak dan ia turut mengejutkan guru-guru disekolahnya. Seringkali juga si ibu mendengar anaknya menangis selepas menyanyi lagu inggeris tersebut.


Jika dilihat secara fizikal, tiada apa-apa yang pelik pada anaknya. Setiap soalan yang saya tanyakan juga dijawab dengan jawapan normal. Untuk tidak menghampakan kedua ibu bapanya, saya rukyah anaknya dengan rukyah asas yang selalu di amal RIDAM.


Selepas membacanya hampir 10 minit, kelihatan kaki dan tangan remaja menggeletar. Pernafasan remaja tersebut semakin kencang.


Saya: Dengan nama Allah, siapa kamu wahai hamba Allah?


*Tiada jawapan..Maka saya ulang soalan sebanyak 3 kali..


Pesakit: Nama saya Antony. Apa yang kamu baca sampai saya rasa begini tenang?


Saya: Saya hanya membaca ayat Al-Quran. Kamu tak pernah dengar bacaan Al-Quran wahai hamba Allah?


Pesakit: Pernah. Tapi ayatnya sejuk. Kebanyakkan yang saya dengar, badan saya sakit.


Saya: Ayat mana yang kamu terasa sejuk tu?


Pesakit: Saya tak tahu nak baca, tapi ada nama Ibrahim dalam ayat tu.


Saya: Oh..itu ayat yang mengisahkan peristiwa Nabi Ibrahim A.S ketika hendak dibakar dengan api. Tapi api itu sejuk dengan izin Allah dan tidak membahayakan Nabi Ibrahim..


Pesakit: Kenapa Ustaz tak bakar saya macam Ustaz lain.


Saya: Ustaz lain?


*Kemudian saya bertanya pada ibu bapa remaja terbabit dan RIDAM adalah pusat rawatan ke-3 setelah sebelum ini berubat dengan pusat rawatan di Utara dan Kuala Lumpur.


Saya: Wahai hamba Allah. Bukan tujuan saya nak bermusuh dengan kamu dan saya juga tidak mahu bersahabat dengan kamu. Tapi saya menghormati kamu sebagai makhluk. Saya seperti makhluk yang ada dalam dunia ni seperti manusia, jin, tumbuhan dan haiwan. Tapi apa yang kamu lakukan pada anak remaja ni salah. Kenapa harus 'duduk' dengannya? Kan kamu boleh hidup bebas. Adakah kamu bertuan?


Pesakit: Saya tidak bertuan. Saya suka dengan budak ni sebab dia baik. Saya juga kesian sebab tengok budak ni selalu kena buli dengan budak-budak sekolah. Mak bapak dia pun selalu marah dia sebab dia bukan budak pandai...


*Seiring dengan itu jin tersebut menangis.. Sayu pula bila mendengar ceritanya. Saya juga melihat ibu bapanya serba salah bila nama mereka turut disentuh dalam luahan jin tersebut.


Saya: Antony.. boleh ceritakan dimana kamu mula mendampingi budak ni? Saya berjanji tidak akan berkasar kalau kamu bekerjasama..


* Pesakit mengangguk


Pesakit: Saya bukan dari sini (Malaysia) Ustaz. Saya dari La Habana..


Saya: Dimana tu..?


Pesakit: Di Cuba Ustaz..jauh...sangat jauh..


Saya: Dah tu, macam mana kamu boleh sampai sini?


Pesakit: Saya rasa nak merantau Ustaz. Oleh kerana saya tak boeh terbang, maka saya tumpang kapal. Banyak juga tempat saya singgah. Hinggalah saya menetap di Pelabuhan Kelang.
Saya dah menetap di sini dekat 10 tahun. Saya bersumpah Ustaz, saya tak pernah kacau manusia sehinggalah saya jumpa budak ni..


Saya: Ooo...macam mana pula kamu boleh jumpa budak ni?


Pesakit: Masa tu waktu petang. Saya tengok budak ni duduk sorang-sorang kat atas batu tepi Pantai Tanjung Harapan. Kesian saya tengok dia Ustaz. Kawan-kawan dia satu rombongan tak peduli dia pun. Saya tengok dia menangis. Masa tulah saya terasa nak kenal dia..


*Pada masa tu, ibu remaja terbabit mengiyakan bahawa anaknya pernah mengikuti rombongan sekolah ke Tanjung Harapan, Klang.


Saya: Kamu ke yang bantu dia pandai..


Pesakit: Ya Ustaz..Umur saya dah beratus tahun.. Saya pun pernah curi-curi belajar kat beberapa universiti. Antaranya University Of London... (dia menyebut beberapa nama universiti).. Tapi masa saya di University Al-Azhar, ada sorang Syeikh dapat tengok saya. Tapi dia tak marah. Cuma dia kata jangan ganggu orang.


Saya: Bidang apa yang kamu pernah belajar?


Pesakit: Macam-macam..Ada ekonomi, engineering, philosophy, fizik, chemistry dan yang paling saya suka adalah Math (matematik). I suka buat algebra..Sampai sekarang saya masih suka..


*Ibu remaja terbabit mengiyakan lagi..Memang anaknya tiba-tiba pandai dalam Matematik dan boleh bercakap beberapa bahasa.


Saya: Boleh saya tanya lagi wahai hamba Allah? Lagu apa yang selalu kamu nyanyikan tu?


* Seraya itu dia menangis...


Pesakit: BEAUTIFUL MARIA OF MY SOUL.. Itu kisah lama Ustaz..


Saya: Kisah lama? Boleh ceritakan pada saya?


* Dia menyanyikan lagu tersebut. Sayu mendengar suaranya. Ibarat kekasih menagih kasih..


Pesakit: Maria tu cinta pertama saya. Tiada yang awal dan yang akhir. Selepas dia ditangkap Raja Agira untuk dijadikan perempuannya, hubungan kami putus secara terpaksa. Lepas tulah saya merantau membawa diri. Sampai hari ni saya masih terkenangkan dia..


Saya: Siapa Raja Agira tu?


Pesakit: Dia raja jin di Cuba. Tak ramai yang berani melawan sebab dia berkawan baik dengan Raya Emiratus. Salah satu raja di BERMUDA TRIANGLE.


Saya: Erm, adakah kam rasa Maria masih hidup?


Pesakit: Naluri saya kuat Ustaz..Saya yakin Maria masih hidup...kenapa ustaz tanya macam tu?


Saya: Jika saya dapat melepaskan Maria dari genganggaman Raja Agira, mahukan kamu keluar dari jasad budak ni?


Dengan wajah yang gembira, dia mengangguk dengan gembira..


Saya: Baiklah..Saya tidak menyatakan janji. Tapi, saya akan berikhtiar.. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, kamu ada dapat bertemunya sebelum tengah malam ni...


Pesakit: Betul ke apa ustaz cakap ni?


Saya: Semuanya dengan izin Allah...Saya akan cuba..


Saya tidurkan pesakit dengan membaca ayat tahiyat solat dan selawat tafrijiyyah. Kemudian, saya minta keizinan untuk solat hajat di bilik rawatan.


Di akhir sujud, saya membanyakkan bacaan ayat Hajat. Sesudah itu, saya duduk bersila dan membuat ritual Mata Batin bagi mengesan kedudukan Maria berada. Hal perjalanan rohani begini tak perlulah saya ceritakan kerana kisah agak panjang dan susah untuk difikirkan secara akli. Setelah berjaya menjejaki Maria dan mendapat keizinan Raja Agira, saya tamatkan ritual amalan. Lenguh dan bisa badan mula terasa. Syukur pada Allah, proses kebenaran dari Raja Agira berjalan dengan baik kerana dia juga Muslim.


Saya menjenguk pesakit di ruang rawatan.


Saya: Dengan nama Allah, bangun lah kamu dari lena.. Allahuakbar!


* Saya menyambung bacaan dengan ayat dari surah Az-Zumar:42 dan menepuk dahi pesakit perlahan-lahan. Pesakit bangun dan duduk berlunjur mengadap saya.


Pesakit: Terima kasih Ustaz. Maria ada disebelah saya sekarang. Tapi dia tak dapat saya sentuh. Hanya boleh lihat. Kenapa Ustaz?


Saya: Sebab kamu bukan Islam. Mahukah kamu memeluk agama suci ini?


Pesakit: Kalau kerana Maria, saya mahu memeluk Islam..


Saya: Kamu tak boleh masuk Islam kerana Maria. Saya khuatir, kamu akan murtad jika Maria mati. Semua makhluk akan mati wahai hamba Allah..


Pesakit: Demi Tuhan Islam, saya ingin menjadi Islam kerana hati Ustaz. Saya terpaut dengan apa yang Ustaz nyatakan. Bolehkah Tuhan Islam mengampunkan saya Ustaz?


Saya: Tuhan Islam adalah Tuhan seluruh makhluk di alam ini. Allah nama agungNya. Allah akan mengampunkan setiap hambaNya jika memilih kebenaran. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...


Pesakit: Macam mana caranya saya boleh menjadi Islam Ustaz?


Saya: Mengucaplah wahai hamba Allah...


* Saya menyuruhnya mengucap dan dia mengikutinya..


Saya: Sekarang, kamu telah Islam. Saya cadangkan kamu ke XXXXXXX... Ada kadi dari kalangan kamu di sana. Berkahwinlah dengan Maria dan moga kamu hidup dalam rahmat Allah.Mulai hari ini, saya gelarkan kamu dengan nama Abu Rahim (hamba yang penyayang).


Pesakit: Terima kasih Ustaz. Saya berjanji tidak akan mengganggu manusia lagi..


Sebelum keluar dari badan pesakit, Abu Rahim mencium tangan saya. Pesakit kemudiannya terpinga-pinga seperti baru sedar dari mimpi yang panjang....


Terpanggil dengan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Abu Rahim, saya melayari laman Youtube. Beautiful Maria Of My Soul...lagu cinta ala barat...


-----------------------------
In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away


Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away


On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face


Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow


Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul


Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change


And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul


Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul


--------------------------


Sumber:  http://darulmanzil.blogspot.com/


http://kumbangjingga.blogspot.com/2012/04/beautiful-maria-of-my-soul.html

Friday, February 3, 2012

Alim Vs Abid tanpa ilmu

Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar. 


Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.


Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .


Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.


Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.


Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.


Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.




SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA


Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .


Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.


Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.


Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?


Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.




SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA


Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.


Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”


Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”


Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?


Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.


Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.


Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik. 


Mohd Nazrul Abd Nasir, 
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff, 
Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia

Tuesday, January 31, 2012

PERIHAL KUBUR LAIN-LAIN

Assalamualaikum, kerapkali saya terdengar orang yang sewenang-wenang nya buat dosa membalas nasihat orang dengan mengatakan, "kubur masing-masing", "jangan jaga tepi kain orang lain". "I don't give a damn on it" . Tapi tidakkah kamu berfikir wahai sahabat, ketika kamu mati nanti  :

1. Orang lain yang angkat jenazah kamu ( bagaimana pula kalau jenazah kamu tu berat dengan dosa kamu?)
2. Orang lain yang membersihkan najis kamu kelak ( Bagaimana pula kalau najis kamu itu tak berhenti keluar, dan busuk pula? )
3. Orang lain yang bersusah payah menaik dan turunkan kamu ke liang lahad. (macamana kalo jenazah kamu tak diterima bumi?)
4. Orang tua dan keluarga kamu yang  berdepan dengan masyarakat dan menyelesaikan masalah kamu (terpaksa menanggung malu atas dosa kamu yang Allah S.W.T tunjukkan kepada Umum)
5. Orang lain yang bersusah payah sempurnakan jenazah kamu dan memastikan aib kamu tidak terbuka di mata umum demi kerana islam memuliakan jenazah( tapi kalau Allah nak aibkan juga untuk dijadikan pedoman buat mereka? )
6.Dan akhirnya, Orang lain juga yang terpaksa kerah tenaga menggali kuburmu dua tiga kali dek kerana kewujudan makhluk-makhluk menakutkan demi memastikan mayat kamu selamat dari binatang berbisa yang dihantar Allah S.W.T.

Anda kira, dosa yang anda lakukan itu tidak berkaitan dengan orang lain? fikirkan sendiri..kesemua perkara kat atas ni adalah berdasarkan pengalaman masyarakat yang dipaparkan di media.tepuk dada,tanya iman. Wallahualam..

Friday, January 13, 2012

KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH SAW


Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"


"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT


"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Tuesday, January 10, 2012

Al- Quran adalah pembantu kita di akhirat nanti

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)


Assalamualaikum sahabat2 sekalian, berapa ramai antara sahabat2 sekalian yang boleh mengaji ? berapa ramai plak yang rajin amalkannya?atau adakah Al quran hanya sekadar hiasan di kabinet rumah, ataupun hiasan dulang semasa perkahwinan sahaja? Untuk peringatan diri ini juga - sahabat2 sekalian, kenapa saya isu kan kepentingan membaca kalam Allah S.W.T ni? sekian waktu dulu, saya pernah bermimpi tentang Al-Quran , dalam mimpi tu, saya tengah pegang Al Quran , ketika membukanya , saya terkejut, Al-Quran itu kosong sahabat2 sekalian, Alangkah, pada masa tu, saya teringat tentang datang nya kiamat,  kerana salah satu tanda kiamat, apa bila ayat-ayat di dalam kalam Allah itu hilang.  angin sangkakala akan datang . Lantas saya terbangun, Subhannallah, msa tu saya takut sangat , takut menjadi sebahagian dari ahli-ahli yang akan melihat hari paling menakutkan, hari tanpa pertolongan sesiapa pun , hari kehancuran, dimana si ibu melupakan anaknya, kawan tidak mengendahkan saudaranya , hari yg mungkin kita x sempat mengucap syahadah, mengucap taubat. - (Demi Allah, ini lah mimpi yang saya alami...) . Agak lama saya termenung kat dinding ketika berbaring, apakah maksud Allah bagi saya mimpi ini? adakah kerana saya da lama tinggalkan al Quran? atau adakah Allah memberitahu saya,kiamat makin dekat.MasyaAllah, rupanya Allah msih sayang kan saya dengan menurunkan hikmah sebegini. saudara-saudara sekalian, pernahkah kalian bermimpi sedemikian? mimpi ni da lama saya simpan, takut nak bagi tau orang, nnt mengundang padah plak, kata orang, mimpi-mimpi berkaitan kiamat ni nak kena diam,simpan utk diri sndiri,takut nnt menimbulkan riak,tapi,  ( tlg btulkan kalau saya silap) , tp bagi saya, kalau x share,mcm pentingkan diri plak. lagipun,saya bukan lah dari kalangan orang yang alim dan warak, cuma mungkin dlm hati saya slalu bermonolog, will i be apart of hell? well, sapa x mau masuk syurga kan? cuma, dgn amalan kita skrg ni, cukup dan layakkah kita utk dpt pass masuk syurga? ( tepuk dada, tanya iman) . Sedang org yang berhempas pulas jaga solat, jaga amalan, jaga akhlak,jaga tatasusila, jga aqidah dan sedaya upaya nak dpt keredhaan Allah, barulah layak msuk syurga. kita ni? hurmmm... jauh beza wehh...(dalam hati rasa tringin nak jd sekuat mereka dalam melaksanakan perintah nya dengan baik..cemburu gak, Ya Allah, jauhkan aku dari hasad dengki yang jahat terhadap saudara2 islam ku, sebaliknya,berikanlah ku petunjuk untuk ku mnjadi muslim yang Engkau redhai, amin.)

 time saya tengah blogwalking, tjumpa satu tajuk "Bacalah Al Quran'' , bila nampak hadis2 sahih yang tertera kat situ , hati rasa berkobar2 nak buat, tapi.... msti ada ja alasan kan?termasuk la saya ( dah memang tahap jadual tight,psl kerja dan blajar part time stiap hari , tapi, apa kata kalau kita pasang niat nak baca kitab Allah tu smpi khatam? sekurang2 nya ada pahala niat kat situ kan?  sejuk hati tgk hadis2 dan sabda Rasul kita. berikut merupakan hadis2 tu. 

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52).

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)

Tak rugi kalau kita baca sebahagian dari ayat-ayat al quran, surah-surah ikhlas pun boleh, kena kira juga setiap ayat yang kita baca tu, ( tu la kita x bole abaikan solat, kerana di dalam solat, ada ayat-ayat dari al-Quran.) tidakkah kamu rasa Allah S.W.T sayang kan kita? x ckup pahala solat, pahala membaca ayat al Quran pulak Dia beri. MasyaAllah. 

GC : segala yang saya tulis ni ,bukan lah niat utk membanggakan diri, anggaplah ini adalah sebahagian dari cebisan pengalaman dan diari  islam saya utk dikongsi bersama. yg buruk dtg dr kekhilafan saya, yang baik dtg Dari Allah S.W.T. Wassalam dan salam Ukhuwah.