ayatul kursi

ayatul kursi

Sunday, July 17, 2011

70 DOSA-DOSA BESAR - BERUSAHALAH MENJAUHINYA

1. Syirik

2. Membunuh Manusia


3. Sihir


4. Tinggal Sembahyang


5. Tidak Mengeluarkan Zakat


6. Tidak Berpuasa


7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan


8. Derhaka Kepada Ibu Bapa


9. Memutuskan Silatulraham


10.Berzina


11.Homosex


12.Memakan Riba


13.Memakan Harta Anak Yatim


14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul


15.Lari dari Medan Perang


16.Sombong


17.Saksi Palsu


18.Meminum Arak


19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam


20.Berjudi


21.Menuduh orang baik melakukan Zina


22.Menipu harta rampasan Perang


23.Mencuri


24.Merompak


25.Sumpah Palsu


26.Berlaku Zalim


27.Pemungut cukai yang Zalim


28.Makan dari kekayaan yang Haram


29.Bunuh Diri


30.Berbohong


31.Hakim yang Tidak adil


32.Rasuah


33.Wanita yang menyerupai Lelaki


34.Tidak Cemburu


35.Cina Buta


36.Tidak Suci Hadas kecil


37.RIAK Mempamerkan Diri


38.Ulamak Dunia (jahat)


39.Khianat


40.Mengungkit-Ungkit Pemberian


41.Mangingkari Takdir


42.Mencari Kesalahan Orang lain


43.Menabur Fitnah


44.Mengutuk Umat Islam


45.Mengingkari Janji


46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum


47.Derhaka kepada Suami


48.Gambar pada Baju


49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala


50.Menggangu Orang lain


51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah


52.Menggangu Tetangga


53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam


54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik


55.Melabuhkan Pakaian


56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas


57.Hamba Lari dari Tuan


58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T


59.Menjadi Pak Sanggup


60.Berdebat dan Bermusuh


61.Enggan Memberi Kelebihan Air


62.Mengurangkan Timbangan


63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T


64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T


65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah


66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat


67.Menguragi Wasiat


68.Menipu


69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain


70.Mencela Nabi dan Sahabat

Tabarruj Jahiliyyah

Tabarruj jahiliyyah beerti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikkan dan perhiasannya.

    Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikkannya tetapi lebih dari itu.

    Tabarruj hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu. Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-aariyaat). Tabarruj yang diharamkan ialah :

Ø  Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami
Ø  Mendedahkan muka dengan tujuan merangsang keinginan dan syahwat lelaki
Ø  Bersoleh dan berhias lebih-lebihan
Ø  Menggunakan alat-alat solek/mekap
Ø  Mempercantikkan bibir, alis, dan pipi (mempercantikkan raut muka). Dan lain-lain.

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.
Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:

Ø  Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
Ø  Pakaian itu mestilah longgar
Ø  Tidak nipis
Ø  Bukan pakaian yang mempunyai nilai bermegah-megah
Ø  Tidak menyamai pakaian lelaki
Ø  Pakaian yang tidak memenuhi cirri-ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj
Ø  Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj
Ø  Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.



Perhiasan ialah semua yang dijadikan sebagai perhiasan oleh wanita samada pakaian ataupun sesuatu yang dijadikan perhiasan diri. Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah. Jenis perhiasan antaranya:

·         Barang perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
·         Pakaian luar dan dalam

Hukum berhias harus, malah adakalanya sunat kecali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ianya sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya yang tiada di sampingnya. Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk dalam istilah tabarruj. Termasuk dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan berubah sifat semulajadi.

·         Mencabut atau dengan apa jua sekalipun untuk menghilangkan bulu muka.
·         Mencabut dan membentuk alis.
·         Memerahkan muka. Bleh bagi yang berkahwin (hanya untuk SUAMI).
·         Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan
Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj. Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

 Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Mungkin dalam tidak sedar kita telah tersalah baca. Panjang pendek dan tajwid sangat penting dalam bacaan ayat suci Al-Quran. Apabila kita tersalah, bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.



Nama syaitan;
  1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH.  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ

  1. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB.ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين


  1. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU.      مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

  1. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK.إِيَّاكَ نَعْبُدُ


  1. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS.وَإِيَّاكَ نَس تَعِينُ

  1. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud  'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


  1. SIROTHOLLAZI sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

  1. AMIN. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat. Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Berhati-hatilah dalam bacaan kita,, semoga segala amalan kita diterima olehNya... Aaamin,,,

Saturday, July 9, 2011

fatihah dan minda

[Fatihah.bmp]




Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh.?

Bagus sekali....

Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut
 sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.

semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.

Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.

Latihan 
Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.

1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.

2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum 
dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.

3. 
Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.

4. 
Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"
5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah.......... wasalam.

aura_menjaro@yahoo.com jika anda masih keliru.........



kredit to: kekuatan minda bawah sedar

Otak kiri vs otak kanan

 ADAKAH ANDA BERADA DI MINDA KANAN ANDA?
Mengapa ianya dititik beratkan?
Pernahkah anda bertemu dalam satu perbicangan yang mendalam atau cuba mempersetujui tentang isu-isu tertentu?
Pernahkah ada ahli keluarga menghilangkan diri didalam bilik untuk jangkamasa yang lama?
Pernahkah anda kenal seseorang yang mampu memberi penerangan terperinci bila berbincang tentang tayangan yang mereka lihat atau tempat yang mereka lawati?
Adakah anda mengalami kesusahan memahami mengapa orang lain tidak dapat memahami situasi seperti yang anda tahu?

Masaalahnya bukanlah apabila seseorang itu degil, tetapi bagaimana setiap seorang dari kita merasakan satu situasi pada satu-satu masa. Sebenarnya ianya berdasarkan bagaimana otak kita memproses maklumat yang diterima. Memahami perbezaan bagaimana otak kita memproses informasi untuk menolong kita memahami perbezaan pada manusia. Memahami akan perkara ini akan menambah sifat menghargai dan tolenrasi pada diri kita dan orang lain.
Topik-topik dalam kursus ini akan menolong peserta:
  • Meningkatkan waspada diri dengan memahami bagaimana kita berfikir dan memproses informasi.
  • Memahami pemikiran utama atau hemisfera otak yang lebih dominant, dan
  • Meningkatkan penghargaan individu dan keluarga melalui penghargaan dalam proses yang berbeza
Pengenalan
Otak kita adalah satu sistem computer rumit yang dikawal oleh dua bahagian. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.
Para saintis telah membuktikan kita adalah satu kejadian dengan dua bahagian otak. Setiap bahagian mempunyai cara tersendiri dalam pemahaman dan penerimaan realiti. Kedua-duanya dapat bekerjasama, dengan setiap bahagian mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada satu-satu waktu, setiap bahagian berfungsi sendiri, dengan satu bahagian “buka” manakala bahagian yang satu lagi “tutup”. Individu boleh menukar semula dan keluar tetapi cenderung pada bahagian yang dipilih. Walaupun yang dipilih tak selalu berubah, adalah berkemungkinan bagi kita untuk perkembangkan kemahiran pada kedua-duanya.
Sebagai contoh apabila dua orang berbincang tentang sesuatu mesyuarat. Yang pertama mungkin menitikberatkan tentang isi, topik perbincangan, keputusan yang dibuat dan matlamat jangka panjang. Yang kedua mungkin berbincang tentang kehadiran, maklumat yang dikongsi dan tindakan yang diambil. Setiap satu mempunyai persepsi yang berbeza tentang mesyuarat tersebut, bergantung bagaimana cara mereka memproses maklumat tersebut.
Setiap Seorang Mempunyai Bahagian Yang Dominan.
Bagi membantu kita mengenali hal ini, minta individu tersebut sertai aktiviti dibawah.
Karektor fizikal
Minta peserta memilih pasangan. Minta mereka berdiri berhadapan satu sama lain, kedua-duanya mengadap arah yang sama. Minta pasangan memeriksa kecenderungan fizikal berikut, dan tuliskan samaada ianya “kiri” atau “kanan” yang diperkatakan. Baca arahan berikut:-
  1. Jika peserta memakai jaket atau sweater dengan pad lengan, minta dia tanggalkan jaket atau sweater itu. Pasangannya perlu berdiri dibelakang dan letakkan dibahagian tertinggi bahu peserta. Mana lebih tinggi? (Jawapan samada kanan atau kiri)
  2. Pusing dan mengadap pasangan anda. Senyum.Bahagian mana lebih tinggi?
  3. Satukan kedua-dua tangan anda. Ibu jari yang mana lebih panjang? Ini patut menjadi posisi yang paling selesa untuk anda.
  4. Bentukkan teleskop dengan tangan anda. Umpamakan diri anda menggunakan teleskop. Mata mana yang anda akan gunakan untuk melihat?(Mata ini juga yang anda biasa gunakan untuk melihat lensa kamera).
  5. Kaki mana yang lebih besar?
Jika jawapan anda lebih kepada “kiri”, kecenderungan fizikal untuk diproses lebih pada “otak kanan”. Jika jawapan lebih kepada “kanan”, kecenderungan fizikal lebih pada “otak kiri”. Jika jawapan yang lebih kurang sama, maka proses lebih pada “keseluruhan otak”. 
Adakah keputusan itu tetap? Ramai orang menunjukkan tanda-tanda yang bercampur-aduk, menunjukkan mereka menggunakan kudua-dua bahagian untuk memproses maklumat. 
Bahagian kiri otak mengawal bahagian kanan tubuh, manakala bahagian kanan mengawal kiri tubuh. Serangan pada bahagian kiri otak boleh melumpuhkan bahagian kanan tubuh. Ianya boleh menyebabkan beberapa fungsi tubuh seperti penguasaan bahasa. Jika seseorang selalu memproses munggunakan otak kanan, bahagian kiri tubuhnya akan terbentuk untuk menjadi lebih besar, kuat dan lebih berkembang.
Proses Keseluruhan Otak
Kita semua memikir menggunakan keseluruhan otak. Bagaimanapun, satu bahagian darinya lebih menguasai atau mendominasi. Dalam berfikir, sebagai contoh, otak berada dalam keadaan bercakap sendirian. Bagaimanapun, satu bahagian akan lebih mendominasi untuk mengeluarkan kata-kata lebih kuat atau memberi arahan.
Bahagian yang dominasi akan merancang personaliti hidup seseorang, bahagian yang seseorang itu lebihkan, dan dalam bentuk dimana seseorang itu memberi respon terhadap tekanan atau krisis. Dimana corak pemikiran masing-masing adalah berbeza, kedua-dua bahagian otak juga adalah berbeza dan pendapat pada satu situasi yang sama juga berbeza. 
Adalah menguntungkan untuk kita perkembangkan kedua-dua bahagian otak kerana ini akan menambahkan lagi maklumat dalam menyelesaikan masaalah. Dengan menjadi waspada tentang cara meransangkan bahagian yang tidak dominasi, individu akan lebih mudah merangkumi didalam menghadapi situasi kehidupan yang berbeza. Beberapa idea disediakan dalam risalah peserta.. Anda dapat rujuk beberapa idea dengan peserta.
Ideanya ialah berjuang untuk menjadi pengerak dengan seluruh otak (whole brain processor). Jika anda menguasai proses dominasi otak kiri, dengan perkembangkan otak kanan anda akan menjadi lebih kreatif dan berkemampuan. Dengan perkembangkan bahagian yang kiri, proses otak kanan akan menjadi lebih logik dan analisi.
Cara lain untuk perkembangkan pemikiran keseluruhan otak ialah dengan lompat tali atau “jalan bersilang kaki”. Setiap aktiviti memerlukan ransangan kedua-dua bahagian tubuh berulang-ulang.
Latihan seterusnya,”Jalan bersilang kaki,” mungkin memerlukan masa untuk peserta berdiri dan melakukan regangan(stretch). Minta peserta berdiri. Minta mereka angkat lutut kanan dan sentuh siku kiri, kemudian sebaliknya. Lakukannya sebanyak 10 kali.
Karektor Otak Kiri – Otak Kanan
Pertuturan vs bukan pertuturan- kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.
Analisa vs Bercampur-aduk – Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.
Simbol(tanda) vs Konkrit(wujud)– Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.
Tepat masa vs Tak tepat masa – Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.
Duniawi vs Spiritual - Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.
Rational vs Tidak Rational – Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.
Logik vs Intuitif (Pengetahuan) – Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.
Lurus vs Holistik – Lurus bermakna sebahagian-dari-keseluruhan. Sementara otak kiri mengambil bahagian yang sedikit, mengatur dalam aturan logik, dan kembali dengan kesimpulan, otak kanan perlu melihat gambaran sepenuhnya. Holistic, seluruh-bahagian, bermakna otak kanan bermula dengan konsep total dan kemudiannya baru memandang pada bahagian- bahagian yang sedikit.
Perkataan terakhir yang diperkatakan – Proses otak kanan lebih mudah mengingati perkataan terakhir yang diperkatakan.
Tunggal vs Serentak (Sekaligus) – Proses otak kanan biasanya berkehendak untuk melakukan dua atau lebih perkara dalam satu masa. Proses otak kiri biasanya suka melakukan satu perkara dalam satu masa. Habiskan satu projek sebelum memulakan yang lain.
Ingat cara otak memproses bukanlah baik atau buruk. Keadaan mungkin mempengaruhi jika kualiti untuk menjadi asset atau kerosakan. Situasi mempengaruhi apa yang perlu berlaku dan sebelah mana yang perlu mengambil tempat. Idea seterusnya mungkin membantu mungkin dapat membantu anda melihat bagaimana sesuatu situasi biasa mempengaruhi dominasi otak.
Melayani kreativiti merupakan skil (kemahiran) otak kanan. Orang otak kanan mampu mengambil pola beberapa silang jahitan yang berbeza, cantumkan dengan beberapa warna baru, dan membuat sesuatuyang baru. Proses otak kiri hanya mengikut apa yang tersedia pada pola itu.Semasa memasak. Proses otak kiri hanya menurut resepi secara tetap. Proses otak kanan suka menggunakan kreativiti didalam dapur.
Bagaimana proses otak dicuci? Muncul desakan, kepadatan. Proses otak kiri biasanya suka keteraturan dan arahan (peraturan). Bayangan adalah mudah bagi kebanyakan proses otak kanan. Mereka berfikir dalam gambaran. Proses otak kiri berfikir dalam perkataan dan menghadapi masaalah menggambarkan.
Minta kepada sahabat mengambil pen atau pensil dan lakarkan diatas kertas cara untuk sampai kerumah mereka.
Proses otak kiri biasanya melakarkan langkah satu demi satu(step-by step direction). Manakala proses otak kanan biasanya melakarkan peta. Sesetengah menggunakan proses yang lebih lengkap dengan kedua-dua peta dan langkah(directions)nya sekali.
Perbezaan penggunaan bahagian otak membawa kepada perbezaan karektoristik. Sebagai contoh, Proses otak kanan suka arahan dan kestabilan; Proses otak kanan lebih menyukai corak kehidupan yang tidak rasmi (Informal way).
Sementara mereka menghadapi masaalah untuk mengeluarkan pendapat dengan pertuturan, Proses otak kanan lebih suka menggunakan ujian bertulis. Orang yang menggunakan otak kiri biasanya suka mempelbagaikan ujian.
Jika ada masa, anda mungkin hendak memperkatakan tentang karektoristik beberapa orang yang berbeza yang mungkin menunjukkan samaada mereka adalah pengguna otak kanan atau atau otak kiri.
Ringkasan
Otak kanan dan otak kiri mempunyai pertindihan kemahiran dan perbezaan cara berfikir. Memahami perbezaan ini akan menambah rasa menghargai diri dan orang lain. Masing-masing mempunyai kecenderungan semulajadi berbanding satu sama lain. Yang mana lebih membawa kecenderungan, kedua-dua belah otak digunakan dan pendapat yang mengubah proses kedua belahnya. Matlamat utama ialah untuk memproses menggunakan seluruh otak.
“Sekali minda manusia diperluaskan dengan maksud (idea) yang baru ,jangan berpaling ke dimensi (keadaan)sebelumnya” – Nizam MENJARO.




kredit : http://menjaro.blogspot.com/2008/04/otak-kiri-vs-otak-kanan.html