Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Mungkin dalam tidak sedar kita telah tersalah baca. Panjang pendek dan tajwid sangat penting dalam bacaan ayat suci Al-Quran. Apabila kita tersalah, bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan;
- DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ
- HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB.ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
- KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU. مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
- KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK.إِيَّاكَ نَعْبُدُ
- KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS.وَإِيَّاكَ نَس تَعِينُ
- Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
- SIROTHOLLAZI sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
- AMIN. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat. Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Berhati-hatilah dalam bacaan kita,, semoga segala amalan kita diterima olehNya... Aaamin,,,
No comments:
Post a Comment