ayatul kursi

ayatul kursi

Tuesday, December 20, 2011

JAMU BUATAN SENDIRI UNTUK WANITA

Nak buat jamu yang ringkas cukup mudah untuk minuman kesihatan serta tenaga dan juga boleh diminum oleh suami isteri. Sediakan bahan-bahan berikut:

Kekal Menawan Pikat Suami.

Bahan-bahan

Ibu Kunyit, lada putih, sireh, manjakani, gula batu, garam dan madu boleh beli di pasar. (Untuk wanita campur dengan kacip fatimah jika boleh). 

Cara-caranya

Blender sireh, kunyit hidup dengan air, masak bahan tadi bersama air asam jawa, manjakani, gula batu hingga mendidih, bila sejuk tapis dan boleh diminum. Rasanya manis-manis pedas, lagi bagus jika minum dengan di masukkan telur ayam kampung.

Jika badan rasa panas selepas dua atau tiga hari minum jamu. Henti minum sehingga rasa badan sudah kembali "normal". Memang tak ada "side-effect" kerana semua bahan-bahan adalah herba kampong yang diamalkan turun temurun oleh orang tua-tua dahulu.

Sebaiknya minum jamu selepas sarapan pagi. Rajin-rajinlah minum jamu untuk tenaga dan kesihatan dalaman yang pahit tu adalah ubat yang paling mujarab sekali. 

Wanita yang minum jamu ini selama seminggu, akan merasa kelainan. Tiada masalah banjir kilat yang berlebihan ketika bersetubuh. Serta merasakan cengkaman dalamannya bertenaga.

Cubalah dan beritahu hasilnya nanti.

Sunday, December 18, 2011

Panduan Solat Istikharah

Di dalam ajaran agama Islam, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat-solat sunat bagi mendapat pahala di dunia mahupun di akhirat, solat sunat kebiasaanya dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu yang diniatkan dan agar dimakburkan permintaan hatinya oleh yang maha pencipta alam iaitu Allah s.w.t. Diantara solat-solat sunat dalam ajaran agama islam ialah solat sunat istikharah, solat sunat ini dilakukan pada malam hari iaitu pada 2/3 malam terakhir. Solat sunat istikharah ialah solat sunat yang meminta petunjuk untuk membuat pilihan sekiranya mempunyai peluang untuk memilih dan merasa sukar dan ragu-ragu untuk memilih antara salah satunya daripada daripada pilihan itu. Oleh yang sedemikian, perlulah meminta petunjuk agar digerakkan hati untuk memilih yang terbaik daripada kalangan yanag terbaik contohnya sukar memilih pasangan hidup.
PANDUAN SOLAT ISTIKHARAH
Lafaz niat:


"Usholli sunnatal istikhaarati rok'ataini lil laahi ta'aalaa"
Ertinya:
" Sahaja aku solat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"
Dibuat sebanyak 2 rakaat, rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun sekali. Rakaat kedua selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas sekali.

Selepas salam baca doa berikut:






" Bismil laahir rohmaanir rohim.
Allaahumma innii astakhiruka bi'ilmik, wa astaqdiruka biqudratik, wa as aluka min fad likal 'azhiim, fa innaka taqdiru wa laa aqdir, wa ta'lamu wa laa a'lamu, wa anta ' allaa mul ghuyuub, Allaahumma in kunta ta'lamu anna haadzal amraa khairun lii fii diinii wa dunyaaya wa 'aaqibati, amri wa 'aajilih wa ajillih, faqdurhu lii, wa baarik lii fiih, tsuma yassirhu lii wa in kunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa dunyaaya wa 'aaqibati amril, wa 'aajillih wa aajillih, fashrifnil anhu washrifhu 'annii waqdur liil khaira, ainamaa kaana innaka 'alaa kulli syai-in qodir, Washol lallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallam, walhamdu lil laahi robbil 'aalamiin."

Ertinya:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan....) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Nabi SAW bersabda:

Ertinya:
"Tidak rugi orang yang beristikharoh dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah." (H.R. Jabir bin Abdullah)
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.


Allah SWT telah berfirman:




"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Friday, December 16, 2011

AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

Allah SWT menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Jumaat diantara hari-hari yang tujuh itu. Hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar Penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Diantara amalan yang baik pada hari Jumaat yang selalu disebutkan iaitu "Bacalah Surah Al-Kahfi (Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat diterangkan baginya daripada nur barang yang antara dua Jumaat."
Juga bacalah Yasiin (Sabda Rasulullah SAW: "Tiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran itu ialah Yasiin. Sesiapa membaca Yasiin sekali disunatkan Allah Taala baginya seperti ia membaca Al-Quran sepuluh kali)."

Juga fadhilat Surah Haa Min Ad-Dukhan jika dibaca (Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca Surah Haa Min Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau siangnya nescaya dibina oleh Allah baginya rumah di dalam syurga)."

Dan sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulk pada malam Jumaat nescaya dicatatkan baginya tujuh puluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya tujuh puluh kejahatan dan diangkatkan baginya tujuh puluh darjat)."

Setidak-tidaknya hendaklah seseorang itu membaca surah Al Ikhlas sebanyak mungkin. Fadhilatnya seperti Sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca Qulhuwallah 3 kali maka seolah-olah ia membaca Al-Quran keseluruhannya."

Sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca Qulhuwallahu ahad 1000 kali, maka bererti ia membeli diri (menebuskan diri) daripada api neraka."

Banyakkan salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Fadhilat daripada membaca seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca salawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, nescaya Allah mengampunkan dosanya lapan puluh tahun."  

Kepada orang lelaki yang solat Jumaat hari ini. Selesai solat Jumaat, disunatkan baca 7 kali, Al-Fatihah. 7 kali Surah Al-Ikhlas, 7 kali Surah Al- Falak dan 7 kali Surah An Nas dengan syarat belum bercakap-cakap dengan sesiapa pun. Pada satu riwayat menyatakan bahawa Allah SWT memeliharakan akan agamanya, dunianya, ahli keluarganya. SubhanAllah. Mari lakukan semua amalan-amalan diatas ini.

Wasallam.

Tuesday, December 6, 2011

Rahsia Telefon Bimbit & Cara Format ( Waktu Kecemasan )

Mungkin korang semua ada handset dari pelbagai jenama terkenal, tapi adakah anda tahu menggunakannya ketika waktu kecemasan seperti tiba-tiba bateri habis ketika waktu anda dalam keadaan mencemaskan ataupu ketika anda memerlukan satu panggilan bermakna dan ketika itu handset anda sudah tidak dapat digunakan.atau anda runsing handset anda kejap on kejap off, seperti sudah diserang virus,mesti tensionkan.SABAR, di bawah ini ada sedikit tips @ info untuk anda gunakan.

Selamat Membaca :-








Rahsia handphone nokia


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).


2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sesetengah jenis handfon nokia gak)




CARA2 FORMAT HANDSET









Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format handfon jika masuk virus? tak perlu pergi kedai telefon atau klinik handphone atau wateva lah yg menyakitkan hati kerana mengambil upah yg tinggi. Kat sini aku akan bagi tutorial sikit pasal nak FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada korang.


1. Pertama sekali, save and backup semua data2 dalam memori henset korang(nota,mssge,draft mssge,contact,pic) kepada memori kad. kalau nak backup boleh gunakan NOKIA PC Suite kat pc korang tu.


2. Selepas sudah backup data2 tersebut, keluarkan memori kad korang dan off  henset tersebut.


3. Dalam keadaan off,
- Tekan butang dail (green button)
- Butang bernombor 3
- Tekan butang bintang * (star)
- On handset korang
- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT
- Masa yang diperlukan lebih kurang 5 minit.


4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga keluar waktu yg perlu diset semula.


5. DONE! Anda berjaya memformat telefon anda!


Sumber : t.kasih pada  http://brutal-mania.blogspot.com/2011/11/rahsia-handset-ketika-kecemasan-cara2.html#more