ayatul kursi

ayatul kursi

Monday, April 30, 2012

Why British think 80% of M'sians coming to UK to study law?


UK Immigration Officer: Purpose of visit?


Visitor: I'm here to study law, sir.


Officer: You know, you must have a lot of lawyers in Malaysia .


Visitor: Why do you say that?


Officer: Well, i've been here for a good twenty years, and I'd say 80% of Malaysians
 I see here say they're here to read law.


Visitor: Oh, really? That's really something i never knew. Hard to believe in fact.


Officer: Just you watch, then. You just stand here until the next Malaysian 
comes along, and I'll bet he's here to read law.


*Visitor waits for 5 mins, Ah Chong from Malaysia comes to immigration counter*


Officer: Mr. Ah Chong, purpose of visit?


Ah Chong: Study lorr...

BILA ISLAM HANYA TINGGAL PADA NAMA



Alangkah bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada Baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah. 

Zaman Baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah.

Inilah generasi yang telah dicatat dalam lembaran sejarah kerana membantu Baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan Sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar dan memperluaskan ajaran Baginda Rasulullah SAW sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti Para Sahabat?

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama Para Sahabat seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar, Uthman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya. Tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam mendepani segenap isu agama.

Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Inilah yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana Baginda sentiasa menerima wahyu daripada Allah Taala, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya. Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata:

“Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali”. 

(Hadis riwayat Al Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus ke sana. Apa yang Baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan baginda itu.

~Islam hanya tinggal namanya sahaja.
~Al Quran hanya tinggal tulisannya.
~Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
~Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
~Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat.


Islam Hanya Tinggal Namanya Sahaja
Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.

Solat mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.

Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang mengubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.

Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana Sahabat Nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab:

“Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya”. (Masnad ar-Rabi’)

Al Quran Hanya Tinggal Tulisannya
Dalam banyak hadis Rasulullah SAW, Baginda menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan Al Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit cintakan dunia secara berlebihan.

Tujuan Al Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal akidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.

Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, Al Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan Al Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa Al Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.

Inilah kebenaran kenyataan Baginda Rasulullah SAW bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.

Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, namun kadang-kadang apa yang menduka-citakan kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.

Lahirnya Ulama Jahat
Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh Baginda, justeru itulah yang diingatkan oleh Baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah Al ‘Araf.

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. 
(surah Al ‘Araf ayat 176)

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Ibni Khathir, Imam Tabari dan ramai mufassirin bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar (Doa Bal'am bin Ba'ura mustajab). Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya (berdoa) untuk mengalahkan Nabi Musa AS.

Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.

Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa AS, doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang dinamakan semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di ladang Teh ini?”.

Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”.

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.

“Minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”. Wallahua’lam (Kisah ini isra’iliyyat yang wajar dijadikan pengajaran kepada kita).

Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.

Fitnah Tersebar Akibat Kedangkalan Ulama-Ulama Jahat
Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup.

Kontrak Pinjaman PTPTN Dari Perspektif Syara'


Isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dituntut oleh mahasiswa di Malaysia mendapat sambutan yang hangat di kalangan pemerhati samada daripada kalangan politikus, panel syariah serta ilmuan intelektual.

Hal ini demikian kerana isu ini menjadi semakin besar apabila golongan mahasiswa mengambil keputusan dan bertekad dengan memulakan himpunan menuntut kerajaan memansuhkan pinjamanan PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 April baru-baru ini dan meneruskan perhimpunan dengan mengadakan ‘perkhemahan’ di Dataran Merdeka tersebut bagi menunjukkan optimis dalam menuntut agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.
 
Isu pinjaman PTPTN ini bukan hanya dilihat dari sudut pengurusan wang semata-mata bahkan ia mesti dilihat dari sudut syara’ berkenaan kontrak pinjaman PTPTN tersebut.
 
Maka MANHAL mengambil langkah untuk mengkaji dan menjawab isu yang berkaitan dengan permasalahan agama yang terdapat di dalam isu ini.
 
KONTRAK PTPTN ADALAH KONTRAK PINJAMAN

Terlebih dahulu kita melihat apakah konsep kontrak yang digunakan dalam PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menawarkan pinjaman kepada mahasiswa/wi dalam negeri bagi membantu permasalahan kurang kemampuan dari sudut kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Pinjaman diberikan kepada mana-mana mahasiswa/wi yang memohon dan melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan.

Justeru, berdasarkan kepada penjelasan di atas, PTPTN adalah melibatkan isu kontrak pinjaman. Iaitu mahasiswa/wi memohon pinjaman untuk membiayai bayaran pendidikan mereka.



HUKUM BAGI KONTRAK PINJAMAN


Asal hukum bagi kontrak pinjaman adalah kontrak membantu. Para fuqaha menegaskan bahawa kontrak pinjaman adalah berbeza dengan kontrak jual beli dan juga kontrak yang melibatkan apa jua urusan keuntungan. Maka kontrak pinjaman adalah berdasarkan hukumnya iaitu atas dasar membantu bukan atas dasar keuntungan.

Disebabkan itu, pihak yang memberikan pinjaman tidak boleh mengambil sebarang caj atau faedah tambahan dengan mengenakan apa jua syarat untuk memastikan mendapat pemulangan yang lebih tinggi, dengan erti kata yang lain iaitu keuntungan daripada hutang yang diberikan.

Jika sekiranya pihak yang memberikan pinjaman atau hutang meletakkan syarat agar pihak yang berhutang untuk melunaskan hutang dengan kadar yang lebih tinggi atau dikenakan denda apabila lewat melunaskan hutang maka hukumnya adalah haram mengikut ijmak ulama. Hal ini demikian kerana tambahan yang berlaku ke atas nilai asal hutang tersebut merupakan riba. Hukum riba adalah secara jelas dan qath’ie bahawa haram bahkan tergolong dalam dosa-dosa besar.

PINJAMAN PTPTN DAN KONSEP MELANGSAIKAN HUTANG

Mahasiswa/wi yang mengambil pinjaman PTPTN tidak dapat tidak dikenakan caj bayaran dengan kadar 3% daripada hutang. Dan ini merujuk kepada sistem konvensional yang dijalankan oleh pihak pengurusan.

Bahkan setiap tahun apabila pihak yang berhutang lewat untuk menjelaskan hutang mereka maka nilai jumlah hutang mereka akan bertambah mengikut kadar caj yang dikenakan.

Begitu juga, pihak pengurusan PTPTN akan memilih beberapa kuota yang diberikan hak istimewa iaitu pelepasan dari pembayaran semula hutang mengikut kepada kriteria yang ditentukan iaitu cemerlang dari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerima ijazah kelas pertama atau setaraf.

KONSEP MELANGSAIKAN PINJAMAN / HUTANG DALAM ISLAM


Islam telah meletakkan beberapa garis panduan yang tetap dalam isu melangsaikan pinjaman atau hutang. Garis panduan tersebut ialah :

-Haram meletakkan syarat ke atas kontrak pinjaman yang berbentuk sebarang faedah bagi mendapatkan keuntungan. Berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW :

كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ

“setiap pinjaman yang berlaku ke atasnya manfaat (mensyaratkan bayar lebih dari nilai asal) maka ia dikira riba” – Sunan Baihaqi Kubra no 10715.

Walaupun kadar faedah atau caj yang dikenakan ke atas pinjaman tadi adalah amat kecil maka ia dikira tetap haram kerana ia tetap riba. Hal ini sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliyah sehingga digelar sebagai Riba Jahiliyah. Dan ia telah diharamkan oleh Allah SWT.

FirmanNya :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda"

Surah Ali Imran ayat yang ke-130.

Sekiranya pihak yang meminjam tidak ada kemampuan untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan maka pihak yang memberikan hutang hendaklah menunggu sehingga pihak yang berhutang mampu membayar dengan syarat tanpa dikenakan sebarang faedah kerana tambahan yang dikenakan merupakan riba.

Firman Allah SWT menyebutkan bahawa :

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ

“sekiranya mereka (pihak yang berhutang) mempunyai kesulitan (untuk membayar pada waktu yang ditetapkan) maka berikanlah masa sehingga mereka senang (mampu untuk bayar)” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280

- Digalakkan pihak yang berhutang untuk membayar hutang dengan lebih baik iaitu sebagai hadiah, bukan atas sebab syarat. Hal ini digalakkan berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang memperelokkan bayaran (hutang)” – Sahih Muslim no 1600.

- Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutang kerana mempunyai masalah yang kritikal maka pihak yang memberikan hutang digalakkan untuk melepaskan bayaran. Bahkan digalakkan juga melepaskan bayaran kepada mana-mana pihak yang berhutang walaupun tanpa sebab, atas dasar hadiah atau sedekah.

Firman Allah SWT :

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“maka sekiranya kamu melepaskan hutang, maka itu adalah yang terbaik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahuinya” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280.

SEBARANG UNSUR RIBA ADALAH HARAM

Berdasarkan penjelasan di atas maka dikenal pasti bahawa pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba iaitu dikenakan kadar caj tambahan sebanyak 3 peratus kepada penghutang ke atas nilai hutang. Maka ia mempunyai unsur yang sama dengan pinjaman yang dikenakan syarat iaitu penambahan ke atas nilai asal hutang.

Justeru, pinjaman PTPTN tergolong dalam kontrak yang mengandungi unsur riba dan hukumnya adalah haram.

Jelas berdasarkan firman Allah SWT bahawa riba adalah diharamkan. Rujuk ayat Al-Quran pada surah Al-Baqarah pada ayat ke-275 sehingga 279.

Nabi SAW juga memberikan peringatan kepada umatnya agar menjauhi 7 perkara yang mendatangkan dosa besar, antaranya ialah riba. – Sahih Bukhari no 2766

Pada bulan Mei 1956, sidang muktamar kali ke-2 bagi Mujamma’ Buhuth Islamiyah yang diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Syeikh Al-Azhar ketika itu, telah memutuskan bahawa sebarang faedah yang dikenakan ke atas apa jua pinjaman adalah riba dan hukumnya adalah haram.

Fatwa daripada Syeikh Muhammad Abduh antara faktor Allah mengharamkan riba adalah kerana riba merupakan kontrak yang mendapatkan pertambahan tanpa ada gantian. Hal ini berbeza dengan kontrak jual beli iaitu pertukaran atau gantian antara dua belah pihak yang melibatkan barangan jualan dengan wang belian. Hujah ini juga adalah untuk menolak dakwaan pihak jahiliyah yang menyifatkan bahawa kontrak jual beli adalah sama sebagaimana dengan unsur riba.

KESIMPULANNYA 

Berdasarkan kepada kajian di atas, maka jelas kepada kita bahawa kontrak pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba dan hukumnya jelas adalah haram. Justeru, respon pihak MANHAL berikutan isu pemansuhan PTPTN perlu dilihat dari perspektif syarak.

Hasilnya, MANHAL memberikan pendirian yang jelas iaitu :

1- Pinjaman PTPTN merupakan kontrak pinjaman. Dan kadar caj bayaran tambahan ke atas nilai asal hutang merupakan riba.

2- Sebarang kontrak yang mengandungi unsur faedah adalah riba dan hukumnya haram.

3- Perkara utama yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam isu PTPTN ini ialah menghapuskan sistem bayaran yang mengandungi unsur riba. Peminjam hanya perlu mambayar nilai asal pinjaman yang mereka lakukan tanpa dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan ke atas nilai asal.

4- Berkaitan tuntutan mahasiswa dalam pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN , pihak MANHAL melihat sekiranya pemansuhan tersebut memberikan faedah dan maslahat yang besar kepada rakyat terutama golongan mahasiswa/wi dalam konteks pembangunan insan, tanpa memudharatkan negara, maka elok untuk dilaksanakan tuntutan pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN dengan rangka pengurusan yang terbaik.

Wassalam

Disediakan oleh :


MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012

RUPA BARAH TULANG - AMBIL IKTIBAR

Inilah pandangan dekat tengkorak yang telah dijangkiti sarkoma. Dan sebab itulahbarah tulang merupakan barah yang paling menyakitkan antara barah-barah yang lain. Kalau ikutkan kesan hakisan pada tengkorak ni, dapat kita rasakan pesakit ni memang sangat menderita dalam kesakitan menghidapi barah tulang. saya harap gambar ini sebagai pedoman kepada kita agar untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik. Insya-Allah.


GC: Alhamdulillah, aku bersyukur aku sihat walafiat,betapa besar nya rezeki yang Engkau limpahkan ke atas ku ...


“Barah tulang,kanser tulang  adalah berkenaan kehadiran tumor pada tulang,tidak kira bahagian mana badan tulang berada.Ia sejenis kanser yang  sangat merbahaya kerana  terdapat elemen2 penting keperluan badan diproses didalam tulang.


   Secara umumnya terdapat  2 jenis kanser tulang yang perlu anda ketahui.   


Primary Bone Cancer – Tumor yang terjadi didalam tulang itu sendiri  


 Secondary Bone Cancer – Tumor yang terjadi akibat penghijrahan sel kanser dari bahagian badan yang lain terutamanya kanser payudara,paru-paru dan sebagainya. 


  Terdapat 2 jenis tumor yang dikenali sebagai “benign” tumor dan “malignant tumor”.


Benign tumor tidak merbahaya dan ia tidak menyerang tisu2 berhampiran.Ia terkadang akan terhapus dengan sendiri dari dalam tulang dalam tempoh masa tertentu.Diantara jenis tumor beningn ialah  osteoma, osteoid osteoma, osteoblastoma, osteochondroma,  hemangioma, dan  chondromyxoid fibroma.   


Malignan Kanser adalah jenis yang bolih menyerang kebahagian tisu bersebelahan bahkan ia mampu berhijrah dan menyerang kebahagian2 lain organ dan badan. Jenis jenis kanser tulang. 


1.Ewing’s sarcoma Kanser tulang jenis ini kebiasaannya dihidapi oleh lelaki yang berusia  5 ke 20 tahun dan ia jenis yang agak agresif dan biasanya kerap bermestasis ke bahagian  paru paru atau bahagian organ yang lain.Tulang yang kerap terlibat untuk kanser jenis ini ialah tulang pelvis,tulang paha,tulang rusuk dan selangka.   


2.Osteosarcoma Ia jenis kanser maglinan yang dihidapi olih kanak berumur 10 tahun keatas dan juga orang dewasa  dibawah umur 30 tahun.10 hingga 15 peratus dihidapi olih mereka yang berumur lebih  40 hingga 70 tahun.Kebanyakkan penghidap adalah lelaki.Seperti kanser jenis Ewing’s sarcoma kanser osteosarcoma cenderung untuk bermestasis ke paru paru.Bahagian tulang yang terlibat kebiasaanya tulang  tangan,tulang betis,tulang rahang,tengkorak  dan pada kanak2 ia biasa berlaku ditulang bahagian  buku lali dan tulang bahu.Kanser jenis ini kebiasaanya bermula pada sel2 tulang itu sendiri.  


 3.Chondrosarcoma Kanser tulang kategori ini kebiasaanya sering dihidapi olih mereka yang berumur 35 tahun keatas dan tulang yang terlibat biasanya tulang pelvis dan tulang pingul.Ia kebiasaanya bermula pada  sel2 pada tulang rawan dan merebak kebahagian tulang.Ia kerap mempunyai kecenderungan untuk merebak kebahagian paru paru dan  kelenjar2 berhampiran.Kajian lain menyatakan secara umumnya ia kerap menyerang  pada bahagian2 tulang yang dikenali sebagai “axial skeleton” yang terdiri dari  tulang tengkorak,tulang “ossicles” ( tulang bahagian tengah telinga ),tulang bahagian kerongkong ( hyoid bone),tulang rusuk dan  tulang belakang.   Kanser jenis ini terdapat dalam 2 bentuk yaitu yang  merebak secara perlahan dan yang jenis merebak dengan pantas.                                


4.Maglinant fibrous  Histiocytoma( MFH ) Kanser jenis ini kebiasaanya menyerang dibahagian otot,ligament dan tendon atau tisu2 lembut.Ia sering dihidapi olih gulongan yang berusia 50 tahun keatas dan majoritinya adalah lelaki.Walaupun ia bermula dari apa yang diistilahkan tisu2 lembut namun ia mampu merebak kebahagian tulang.Doktor yang membuat pemeriksaan  akan mengenalpasti jenis tumor ini dibawah mikroskop  untuk membezakan  samada  sel2 kanser ini berpunca dari tisu2 lembut  atau tidak.Ia  dibahagikan kepada 4 ketogari berikut   Storiform-pleomorphic Myxoid Giant cell Inflammatory Storiform pleomorphic adalah lebih kerap terjadi dan bahagian tulang paha adalah asaran utama kanser ini bermula.  


 5.      Fibrosarcoma Ia sejenis sel kanser yang bermula pada bahagian2 penyambungan tulang dan merebak kebahagian tulang.Antaranya yang paling kerap berlaku ialah pada bahagian2 tulang paha, tulang kering, dan rahang bawah.Secara umumnya  bahagian2 penyambungan tulang mengandungi  unsur2 berikut seperti  tisu tendon, darah, tulang rawan, tulang, tisu lemak  dan “lympnode” peratusan ia menjadi lebih kronik adalah tinggi terutamanya bila ia memasuki saluran darah.   Ia kerap dihidapi olih gulongan lelaki yang berumur  30 hingga 45 tahun.Fibrosarcoma bolih sahaja bersifat primary atau secondary,namun yang lebih fatal ialah yang bersifat secondary yang kebiasaanya diakibatkan olih  kaedah rawatan radioterapi pada bahagian2 tulang yang berhampiran yang terlebih dahulu terkena  kanser tulang.   


6.Chordoma Ia sejenis kanser tulang yang sering berlaku pada bahagian atas atau hujung tulang belaakang dan peringkat umur yang berisiko untuk menghidapinya adalah dari umur 30 hingga 40 tahun.Lelaki adalah lebih kerap menghidapnya berbanding wanita.Ia sering dikaitkan dengan proses  pertumbuhan sel2  baharu yang adakalanya menjadi tidak normal dan membentuk lump atau tumor.Ia bolih sahaja bersifat benign,malignan dan  pramalignan ( carcinoma in situ ). Suatu fakta yang menarik mengenai berlakunya kanser jenis ini ialah ia bermula dari dalam rahim apabila unsur yang disebut  “notochord” digantikan dengan tulang belakang semasa janin berusia  6 bulan.Atas sesuatu sebab  tidak semua “notochord” ini terurai sebaliknya ia kekal bersama tulang belakang dan pada usia lewat 30 dan 40an ia akan menyebabkan  berlaku kanser jenis chordoma ini.


 Simptom Simptom atau tanda2 seseorang untuk menghidap kanser tulang bergantung secara umumnya dibahagian mana tulang kanser itu berlaku.Namun secara umumnya  symptom yang biasanya berkaitan dengan kanser tulang adalah terjadi kesakitan pada bahagian  tulang yang terlibat contohnya sakit yang berulang dibahagian tulang paha yang datang sekali sekala dalam tempoh beberapa hari dan minggu. 


Tulang mudah patah walaupun terjadi kemalangan yang kecil seperti terjatuh.Ini menandakan berlaku kereputan tulang kepada bahagian2 tertentu badan.Contohnya dalam kes2 yang saya temui  seseorang itu  disahkan menghidap kanser tulang apabila  tulangnya tiba2 patah  hanya melakukan aktiviti senaman. Terjadi kebengkakkan pada bahagian  angota badan umpamanya  pada bahu,paha atau betiss.Jika bengkak ini jelas ia menandakan tumor telah menjadi besar kerana tumor yang bersaiz kecil tidak dapat dilihat kebengkakkanya. Kesukaran untuk melakukan pelbagai aktiviti  umpamanya sakit apabila berlari atau menggerakkan sesuatu bahagian angota. 


Simptom2 lain seperti berpeluh pada sebelah malam,demam yang kerap,kehilangan berat badan secara mendadak dan kepenatan adalah symptom yang jarang berlaku pada pesakit kanser tulang kecuali pada kanser tulang jenis Ewing’s sarcoma. 


Namun jika anda mempunyai lebih dari 1 simptom2 diatas anda perlu segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut . Diagnosis Jika anda dirujuk kepada doktor pakar tulang  mereka biasanya akan  menemuramah anda untuk mengetahui latar belakang keseluruhan kesihatan anda untuk mencari klu yang berkaitan dengan kanser tulang.Umpamanya adakah anda pernah mendapat kemalangan yang mengakibatkan  anda terpaksa menjalani ujian x-ray yang kerap yang berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya kanser tulang Anda mungkin disaran untuk membuat ujian darah untuk melihat unsur2 kanser kerana sesuatu yang kerap untuk kanser tulang adalah ia berpunca dari bahagian  badan yang lain yang  terlebih dahulu  mendapat kanser . Kemudian diikuti dengan ujian x-ray untuk mengenal pasti saiz dan kedudukkan tumor.Adakalanya perubahan struktor tulang boleh membantu doktor  dalam pengesahan jenis tumor yang terdapat pada bahagian tulang tertentu.


 Jika doktor telah pasti mengenai kewujudan tumor dalam bahagian tertentu tulang anda,beliau mungkin mengarahkan anda untuk melakukan scanning dibahagian2 tulang yang lain yang disyaki untuk melihat adakah tumor tersebut telah berjangkit kebahagian lain tulang khususnya yang berhampiran dengan tulang yang disahkan mempunyai tumor tadi.   


Melalui kaedah ini doktor biasanya memasukkan sejenis bahan radioaktif dengan cara disuntik kedalam saluran darah.Dengan cara ini doktor berharap akan dapat membezakan samada apa yang dilihat didalam gambar x ray sebelum ini merupakan tumor atau penyakit2 lain berkaitan tulang seperti arthiritis. 


MRI ( magnetic resonance  imaging ) akan dilakukan untuk mendapat maklumat secara keseluruhan mengenai tumor pada tulang.Adakalanya MRI dilakukan pada keseluruhan badan untuk melihat dengan lebih jelas bahagian2 lain tulang yang berkemungkinan  dijangkiti kanser yang berpunca dari tempat yang awal mempunyai tumor. 


Biopsy pula akan dilakukan dengan mengambil sample tumor pada tulang.Dengan cara ini doktor ingin mengetahui jenis tumor samada dari jenis benign atau malignan.Ia juga dapat membantu doktor untuk mengklafikasikan jenis tumor dan seterusnya membuat penggredan tumor tersebut.


Terdapat dua kaedah biopsy iaitu melalui suntikkan dan pembedahan kecil keatas bahagian tulang yang ada tumor. Penggredan  / Staging kanser. Penggredan kanser dilakukan untuk mengenalpasti jenis tumor samada yang berkembang secara perlahan atau berkembang pesat dan cepat merebak.Ini juga akan membantu doktor membuat staging dan mengenalpasti kaedah rawatan yang terbaik. 


Berikut adalah staging system secara umum untuk kanser tulang Peringkat 1 Kanser adalah jenis “low grade” dan belum merebak kebahgian lain tisu.Tumor hanya terdapat pada satu tempat. 


Peringkat 1A Kanser adalah jenis “low grade” dan ia belum merebak ketisu bersebelahan .Tumor menekan kebahagian dinding dalam tulang tetapi belum merebak keluar dari tulang.Saiz tumor adalah kurang dari 8 cm Peringkat 


1B Kanser adalah jenis low grade dan terdapat lebih dari satu tempat dalam tulang yang sama atau/dan berukuran melebihi 8 cm.. Peringkat 2 Ia adalah jenis kanser “high grade” namun ia belum merebak kebahagian  berhampiran . 


Peringkat 2A Kanser adalah jenis “high grade” dan ia belum keluar kebahagian luar tulang dan bersaiz kurang dari 8 cm Peringkat 2B Kanser adalah jenis “high grade” dan telah merebak kebahagian luar tulang dan saiznya melebihi 8cm Peringkat 3 Ia adalah jenis kanser high grade dan terdapat lebih dari satu tempat dalam tulang yang sama.Ia juga belum keluar  ke permukaan tulang. 


Peringkat 4 Ia adalah dari jenis  “low grade” atau “high grade” dan telah keluar dari tempat dimana ia bermula.Ia juga terdapat lebih dari satu  tempat didalam tulang yang sama. 


Peringkat 4A Ia adalah jenis samada “low grade” atau “high grade”  dan saiz tumor  yang tidak spesifik dan telah merebak ke paru paru. 


Peringkat 4B Ia adalah jenis “low grade” atau “high grade” dan bersaiz tidak spesifik .Telah merebak kebahagian “lymp node” berhampiran atau kebahagian lain organ yang terjauh atau ke paru par. Kaedah Rawatan ( hospital ) Seperti kanser2 lain kaedah rawatan hospital adalah meliputi Pembedahan tulang untuk mengeluarkan tumor.


Terdapat teknik2 terbaharu untuk pembedahan pengeluaran tumor untuk mengelakkan kerosakkan berganda kepada tisu2 berhampiran jika pembedahan secara agresif dilakukan.   Anda perlu bertanya kepada doktor anda jenis2 pembedahan yang akan dicadangkan dan kesan2 sampingan akibat pembedahan.


Kadangkala teknik2 terbaharu ini tidak terdapat dihospital2 tertentu dan anda perlu mendapatkan maklumat  lanjut mengenai hospital2 yang mempunyai teknologi2 terbaharu samada dildalam atau diluar negara. Adakalanya kaedah pembedahan sukar dilakukan kerana faktor saiz tumor.Dalam hal ini biasanya kaedah radioterapi digunakan untuk mengecilkan saiz tumor.Contohnya untuk jenis kanser “chondrosarcoma” kaedah kimoterapi adalah mustahil maka radioterapi akan digunakan. 


Kaedah kimoterapi biasa digunakan bersama atau selepas kaedah pembedahan untuk jenis2 kanser tulang tertentu selain kanser jenis “chondrosarcoma”.Dadah kimo untuk kanser tulang adalah  adalah bergantung kepada jenis kanser tulang.   


Ada pelbagai  jenis kombinasi dadah kimo  untuk jenis2 kanser tulang yang berlainan dan anda perlu bertanya kepada doktor anda mengenainya dan kesan 2 sampingan yang terpaksa anda lalui.


 Satu lagi kaedah yang yang terdapat dalam rawatan kanser tulang dinamakan “cryosurgery”.Kaedah ini menggunakan nitrogen  untuk membekukan tumor dan seterusnya membunuh sel2 kanser.Anda perlu mendapatkan maklumat ini dari doktor anda dan kesan2 sampingannya. 


Kaedah Rawatan Alternatif   Seperti  kaedah alternatif yang lain,kaedah alternative hanya mensasarkan sel2 kanser tanpa menggangu sel2 yang sihat.Ada terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh anda pilih berdasarkan kondisi semasa anda.   Ini amat penting kerana  sesetengah kaedah alternatif memasukkan suplimen2 tertentu  bergantung kepada tahap kesihatan anda secara keseluruhan.Umpamanya jika anda telah atau sedang menjalani kimoterapi atau radioterapi suplimen2 tambahan untuk membina semula antibody seperti  pancreatic enzyme dan nutrisi2 tetentu  amat vital kerana tanpa  tenaga yang cukup  adalah amat sukar untuk sesetengah terapi berfungsi dengan betul.


 Untuk  menghadapi kanser tulang biasanya supplimen2 untuk pembinaan tulang akan disertakan seperti “bone dense calcium”.Oleh itu anda perlu bertanya kepada pembekal supplimen anda mengenai  protokol2 tertentu jika anda berhasrat menggunakan sesuatu kaedah rawatan alternatif. Umpamanya jika anda ingin menggunakan  terapi B17 pastikan anda mendapatkan protocol lengkap dan kaedah penggunaan yang betul.Menyuntik diri anda dengan leaterile secara semborono  tidak akan membantu kerana pelbagai faktor yang  perlu  diambilkira umpamanya kondisi kesihatan anda secara keseluruhan. Secara umumnya  kaedah  alternative yang bolih digunakan untuk kanser tulang adalh kombinasi2  suppliment seperti berikut Vitamin B17 – protocol penuh Taheebo Life Tea Terapi vitamin C ( ascorbic ) Protocel / cantron Cesium chloride berserta DMSO Kaedah hydrazine sulphate Bones Dense Calcium Pancreatic Enzyme Supplimen  berkaitan detokfikasi”

Read more about Barah Tulang ( Bone Cancer ) | cafemlm.com on:
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/barah-tulang-bone-cancer.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&



picture source : http://edyramanov.blogspot.com/2012/04/beginilah-rupa-barah-tulang.html

6 Nifas dan Hukum-hukumnya


Nifas (النفاس) ialah darah yang keluar dari rahim wanita atas sebab melahirkan anak. Ia keluar sama ada di saat melahirkan anak, selepas melahirkan anak atau dua hingga tiga hari sebelum melahirkan anak. Yang terakhir (sebelum melahirkan anak) hendaklah yang disertai dengan tolakan melahirkan anak(terasa nak bersalin).
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Apa yang dilihat oleh wanita semasa bermula tolakan bersalin ialah darah nifas. Ia (nifas) tidak disyaratkan oleh dua atau tiga hari sebelum bersalin tetapi disyaratkan oleh tolakan yang mengiringi bersalin. Jika berlaku pendarahan selain itu (tolakan bersalin), maka ia bukan nifas.
Para ilmuan berselisih pendapat tentang tempoh bagi nifas, sama ada lama atau pendek. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Bagi nifas tidak ada tempoh minimum atau maksimum. Jika ditakdirkan seorang wanita melihat darah lebih daripada 40 atau 60 atau 70 hari lalu kemudian barulah ia berhenti, maka itu adalah darah nifas. Akan tetapi jika pendarahan berlaku secara berterusan (melebihi tempoh di atas) maka ia adalah darah fasid (istihadah). Maka batasnya (bagi kes ini) ialah 40 hari kerana sesungguhnya tempoh 40 hari adalah kebiasaan (bagi wanita yang sudah bersalin) sebagaimana yang disebut dalam atsar-atsar (pendapat tokoh terdahulu). [al-Risalah fi al-Asma’ allati ‘Alaq al-Syar‘i al-Ahkam biha, ms. 37]
Berdasarkan penjelasan di atas:
  1. Apabila menjadi kebiasaan bagi seorang wanita untuk mengalami nifas melebihi 40 hari dan dia dapat mengenali tanda berhentinya, maka hendaklah dia menunggu sehingga nifasnya berhenti.
  2. Jika hal di atas bukanlah kebiasaan bagi dirinya, hendaklah dia menjadikan tempoh 40 hari sebagai tanda berhenti. Hendaklah dia mandi wajib setelah genap 40 hari. Pendarahan seterusnya dikira sebagai istihadah dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum istihadah sebagaimana yang dibahas sebelum ini.
  3. Jika nifas berhenti dalam tempoh kurang 40 hari, maka (setelah mandi wajib) dia dianggap suci tanpa perlu menunggu genap 40 hari. Akan tetapi hendaklah dipastikan bahawa nifasnya benar-benar sudah berhenti. Jika nifasnya hanya berhenti dalam tempoh kurang sehari, dia belum dikira sudah berakhir tempoh nifasnya.
  4. Jika nifas bersambung dengan haid, maka hendaklah dia tunggu sehingga berhenti haidnya. Diwajibkan ke atasnya hukum-hukum haid sebagaimana yang dibahas sebelum ini.
Pendarahan hanya boleh dikategorikan sebagai nifas apabila ia keluar dengan sebab fitrah mengandung dan melahirkan anak. Jika ia keluar dengan sebab selain itu, seperti keguguran, maka ia bukanlah nifas tetapi darah penyakit (al-‘Irq) yang diwajibkan ke atasnya hukum-hukum istihadah.
Masa yang paling awal untuk nifas secara fitrah ialah 80 hari sedangkan yang lazim ialah 90 hari daripada hari mula hamil. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menulis, sebagaimana yang dinukil daripada kitab al-Iqna’:
Apabila berlaku pendarahan kerana tolakan bersalin sebelum 80 hari (daripada hari mula hamil), maka janganlah dipedulikan (kerana ia bukan nifas). Seterusnya:
1.        Jika berlaku pendarahan selepas 80 hari kerana tolakan bersalin, hendaklah dia tidak bersolat dan tidak berpuasa (kerana ia adalah nifas).[1]
2.       Jika berlaku pendarahan selepas 80 hari kerana keguguran, hendaklah dia mendirikan solat dan berpuasa (kerana ia bukan nifas tetapi istihadah).
3.       Jika tidak jelas baginya (sama ada pendarahan disebabkan kehamilan atau keguguran) maka hendaklah dihukum berdasarkan yang zahir (yang paling diyakini).[2]

Hukum-Hukum Nifas

Sebagaimana haid dan istihadah, terdapat beberapa hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang mengalami nifas. Secara umumnya hukum-hukum nifas adalah sama dengan hukum-hukum haid kecuali dalam perkara-perkara berikut:

Pertama: Iddah.
Nifas tidak dijadikan ukuran iddah bagi seorang isteri yang dijatuhkan talak (diceraikan) oleh suaminya. Oleh itu apabila seorang isteri yang hamil dicerai oleh suaminya, maka tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak, bukan dengan berhentinya nifas. Apabila seorang isteri yang baru sahaja melahirkan anak dicerai oleh suaminya, maka iddahnya ialah menunggu hingga datang haid lalu dikira berdasarkan putaran haidnya, bukan berdasarkan nifasnya. Yang terakhir ini (iddah berdasarkan putaran haid) adalah sebagaimana yang telah dibahas dalam Bab 4, hukum haid yang Ketujuh danKelapan.

KeduaIla’
Ila’ ialah tindakan seorang suami yang bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya buat selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang melebihi empat bulan. Jika ini berlaku, maka tempoh empat bulan (atau lebih sebagaimana yang disumpah) dikira berdasarkan putaran haid isteri dan bukan berdasarkan nifasnya.

Ketiga: Baligh.
Tahap baligh bagi seorang wanita diukur berdasarkan datang haid dan bukan datang nifas. Ini kerana seorang wanita tidak mungkin akan mengalami nifas jika dia tidak hamil, dan dia tidak mungkin akan hamil jika tidak terlebih dahulu mengalami haid.

Keempat: Nifas yang terputus-putus
Bagi darah haid, jika ia keluar, kemudian terhenti sebentar, kemudian keluar semula, maka mudah untuk diyakini bahawa yang keluar semula itu adalah haid juga. Sebagai contoh, seorang wanita yang lazimnya memiliki tempoh haid lapan hari setiap bulan, lalu dia haid pada empat hari yang pertama, kemudian ia terhenti pada hari kelima dan keenam, kemudian ia keluar semula pada hari ketujuh dan lapan, maka mudah untuk diyakini bahawa yang datang semula pada hari ketujuh dan lapan tersebut adalah haid juga.

Berbeza pula bagi darah nifas, para ilmuan berbeza pendapat ke atas kes nifas yang terputus. Umumnya terdapat dua pendapat:
Pendapat Pertama:
Apabila nifas terhenti sebelum 40 hari kemudian ia keluar semula pada hari ke-40, maka yang keluar semula itu dikategorikan sebagai “darah yang disyaki”. Dalam kategori ini, wanita yang mengalaminya wajib bersolat dan berpuasa. Sebelum itu ketika sedang nifas, diharamkan ke atasnya apa yang diharamkan ke atas wanita yang sedang haid.[3] Dia wajib mengqada puasanya selepas suci (jika dia nifas dalam bulan Ramadhan). Ini adalah pendapat yang mayshur dalam Mazhab Hanbali.
Pendapat Kedua:
Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor nifas, maka ia adalah nifas. Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor haid, maka ia adalah haid.[4] Apabila darah keluar secara berterusan, ia adalah istihadah.
Pendapat yang kedua inilah dianggap yang benar. Imam Ibn Qudamah rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 349 menukil kata-kata Imam Malik rahimahullahJika dia (wanita) melihat darah selepas dua atau tiga hari, yakni selepas habis nifas, maka ia adalah darah nifas dan jika selepasnya ( lebih dari tiga hari) maka ia adalah darah haid.[5] Pendapat kedua ini juga merupakan pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.

Kelima: Bersetubuh
Apabila seorang wanita menjadi suci daripada haidnya lebih awal daripada tempoh yang biasa baginya, diharuskan bagi suami menyetubuhinya. Akan tetapi apabila seorang wanita yang sedang nifas suci daripada nifasnya lebih awal daripada tempoh 40 hari, wujud perselisihan pendapat sama ada harus atau tidak bagi suami menyetubuhinya.
Yang benar diharuskan bagi suami menyetubuhinya dan ini adalah pendapat majoriti ilmuan. Untuk berkata “tidak harus” memerlukan dalil syarak padahal tidak wujud dalil syarak dalam permasalahan ini. Terdapat sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah di mana isteri ‘Utsman ibn Abi al-‘Aas (yang baru suci daripada nifas) telah menghampirinya padahal di saat itu belum genap tempoh 40 hari. Maka ‘Utsman berkata: “Janganlah kamu menghampiri aku.”Kisah ini tidak boleh dijadikan dalil menghukum “tidak harus” kerana tindakan ‘Utsman mungkin di atas sikap berhati-hati kerana tidak yakin bahawa isterinya telah benar-benar suci atau akan keluar darah semula disebabkan persetubuhan atau sebagainya, Allah yang lebih mengetahui.


[1]           Dalam ertikata lain, syarat nifas ialah (1) ia keluar disebabkan tolakan bersalin dan (2) Ia keluar selepas 80 atau 90 hari daripada hari mula hamil (penyunting)
[2]           Demikian adalah bagi zaman Ibn Taimiyyah yang meninggal dunia pada tahun 728H. Alhamdulillah, di masa kini sudah ada peralatan yang boleh menentukan kehamilan atau keguguran. Maka mudah bagi seorang wanita untuk membezakan pendarahannya sama ada disebabkan kehamilan (nifas) atau keguguran (istihadah). (penyunting)
[3]           Seperti solat, puasa dan tawaf. (penyunting)
[4]           Yang dimaksudkan dengan faktor nifas ialah hamil, disertai tolakan dan paling awal 80 hingga 90 hari selepas hari pertama hamil. Faktor haid adalah apa yang selain daripada faktor nifas kecuali jika ia berterusan, maka ia adalah istihadah. (penyunting)
[5]           Maksudnya jika nifas terhenti kurang daripada tiga hari lalu kemudian keluar semula, yang keluar itu adalah nifas juga. Jika nifas terhenti lebih daripada tiga hari lalu kemudian keluar semula, yang keluar semula itu bukanlah nifas tetapi haid. Maka tempoh berhenti selama tiga hari adalah pembeza antara darah nifas atau haid. (penyunting)

CARA MEMASTIKAN SUCI DARI HAID


Soalan; Assalamulaikum. Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci dari haidnya. Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid yang terakhir. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

2. Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

3. Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj. Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih ada kesan/tanda darah.

4. Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

Wallahu a'lam.

Beautiful Maria Of My Soul

Kisah kali tentang pengalaman seorang pengamal perubatan islam iaitu darul manzil...kisah benar yg aku rasa agak menarik untuk kita baca. lagipun kalau korang ada masalah berkaitan ngn makhluk halus leh jupe dia..hebat betul 


Saya didatangi sepasang suami isteri bersama anak remajanya yang berumur 16 tahun. Si ibu memulakan bicara mengatakan bahawa anaknya kelihatan pelik sejak beberapa bulan ni. Kata si ibu, anaknya selalu menyanyi lagu inggeris terutamanya selepas jam 12 malam. Bapanya pula mencelah mengatakan bahawa anaknya tidak tahu berbahasa inggeris dan lembap dalam pelajaran.


Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, pelajarannya meningkat secara mendadak dan ia turut mengejutkan guru-guru disekolahnya. Seringkali juga si ibu mendengar anaknya menangis selepas menyanyi lagu inggeris tersebut.


Jika dilihat secara fizikal, tiada apa-apa yang pelik pada anaknya. Setiap soalan yang saya tanyakan juga dijawab dengan jawapan normal. Untuk tidak menghampakan kedua ibu bapanya, saya rukyah anaknya dengan rukyah asas yang selalu di amal RIDAM.


Selepas membacanya hampir 10 minit, kelihatan kaki dan tangan remaja menggeletar. Pernafasan remaja tersebut semakin kencang.


Saya: Dengan nama Allah, siapa kamu wahai hamba Allah?


*Tiada jawapan..Maka saya ulang soalan sebanyak 3 kali..


Pesakit: Nama saya Antony. Apa yang kamu baca sampai saya rasa begini tenang?


Saya: Saya hanya membaca ayat Al-Quran. Kamu tak pernah dengar bacaan Al-Quran wahai hamba Allah?


Pesakit: Pernah. Tapi ayatnya sejuk. Kebanyakkan yang saya dengar, badan saya sakit.


Saya: Ayat mana yang kamu terasa sejuk tu?


Pesakit: Saya tak tahu nak baca, tapi ada nama Ibrahim dalam ayat tu.


Saya: Oh..itu ayat yang mengisahkan peristiwa Nabi Ibrahim A.S ketika hendak dibakar dengan api. Tapi api itu sejuk dengan izin Allah dan tidak membahayakan Nabi Ibrahim..


Pesakit: Kenapa Ustaz tak bakar saya macam Ustaz lain.


Saya: Ustaz lain?


*Kemudian saya bertanya pada ibu bapa remaja terbabit dan RIDAM adalah pusat rawatan ke-3 setelah sebelum ini berubat dengan pusat rawatan di Utara dan Kuala Lumpur.


Saya: Wahai hamba Allah. Bukan tujuan saya nak bermusuh dengan kamu dan saya juga tidak mahu bersahabat dengan kamu. Tapi saya menghormati kamu sebagai makhluk. Saya seperti makhluk yang ada dalam dunia ni seperti manusia, jin, tumbuhan dan haiwan. Tapi apa yang kamu lakukan pada anak remaja ni salah. Kenapa harus 'duduk' dengannya? Kan kamu boleh hidup bebas. Adakah kamu bertuan?


Pesakit: Saya tidak bertuan. Saya suka dengan budak ni sebab dia baik. Saya juga kesian sebab tengok budak ni selalu kena buli dengan budak-budak sekolah. Mak bapak dia pun selalu marah dia sebab dia bukan budak pandai...


*Seiring dengan itu jin tersebut menangis.. Sayu pula bila mendengar ceritanya. Saya juga melihat ibu bapanya serba salah bila nama mereka turut disentuh dalam luahan jin tersebut.


Saya: Antony.. boleh ceritakan dimana kamu mula mendampingi budak ni? Saya berjanji tidak akan berkasar kalau kamu bekerjasama..


* Pesakit mengangguk


Pesakit: Saya bukan dari sini (Malaysia) Ustaz. Saya dari La Habana..


Saya: Dimana tu..?


Pesakit: Di Cuba Ustaz..jauh...sangat jauh..


Saya: Dah tu, macam mana kamu boleh sampai sini?


Pesakit: Saya rasa nak merantau Ustaz. Oleh kerana saya tak boeh terbang, maka saya tumpang kapal. Banyak juga tempat saya singgah. Hinggalah saya menetap di Pelabuhan Kelang.
Saya dah menetap di sini dekat 10 tahun. Saya bersumpah Ustaz, saya tak pernah kacau manusia sehinggalah saya jumpa budak ni..


Saya: Ooo...macam mana pula kamu boleh jumpa budak ni?


Pesakit: Masa tu waktu petang. Saya tengok budak ni duduk sorang-sorang kat atas batu tepi Pantai Tanjung Harapan. Kesian saya tengok dia Ustaz. Kawan-kawan dia satu rombongan tak peduli dia pun. Saya tengok dia menangis. Masa tulah saya terasa nak kenal dia..


*Pada masa tu, ibu remaja terbabit mengiyakan bahawa anaknya pernah mengikuti rombongan sekolah ke Tanjung Harapan, Klang.


Saya: Kamu ke yang bantu dia pandai..


Pesakit: Ya Ustaz..Umur saya dah beratus tahun.. Saya pun pernah curi-curi belajar kat beberapa universiti. Antaranya University Of London... (dia menyebut beberapa nama universiti).. Tapi masa saya di University Al-Azhar, ada sorang Syeikh dapat tengok saya. Tapi dia tak marah. Cuma dia kata jangan ganggu orang.


Saya: Bidang apa yang kamu pernah belajar?


Pesakit: Macam-macam..Ada ekonomi, engineering, philosophy, fizik, chemistry dan yang paling saya suka adalah Math (matematik). I suka buat algebra..Sampai sekarang saya masih suka..


*Ibu remaja terbabit mengiyakan lagi..Memang anaknya tiba-tiba pandai dalam Matematik dan boleh bercakap beberapa bahasa.


Saya: Boleh saya tanya lagi wahai hamba Allah? Lagu apa yang selalu kamu nyanyikan tu?


* Seraya itu dia menangis...


Pesakit: BEAUTIFUL MARIA OF MY SOUL.. Itu kisah lama Ustaz..


Saya: Kisah lama? Boleh ceritakan pada saya?


* Dia menyanyikan lagu tersebut. Sayu mendengar suaranya. Ibarat kekasih menagih kasih..


Pesakit: Maria tu cinta pertama saya. Tiada yang awal dan yang akhir. Selepas dia ditangkap Raja Agira untuk dijadikan perempuannya, hubungan kami putus secara terpaksa. Lepas tulah saya merantau membawa diri. Sampai hari ni saya masih terkenangkan dia..


Saya: Siapa Raja Agira tu?


Pesakit: Dia raja jin di Cuba. Tak ramai yang berani melawan sebab dia berkawan baik dengan Raya Emiratus. Salah satu raja di BERMUDA TRIANGLE.


Saya: Erm, adakah kam rasa Maria masih hidup?


Pesakit: Naluri saya kuat Ustaz..Saya yakin Maria masih hidup...kenapa ustaz tanya macam tu?


Saya: Jika saya dapat melepaskan Maria dari genganggaman Raja Agira, mahukan kamu keluar dari jasad budak ni?


Dengan wajah yang gembira, dia mengangguk dengan gembira..


Saya: Baiklah..Saya tidak menyatakan janji. Tapi, saya akan berikhtiar.. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, kamu ada dapat bertemunya sebelum tengah malam ni...


Pesakit: Betul ke apa ustaz cakap ni?


Saya: Semuanya dengan izin Allah...Saya akan cuba..


Saya tidurkan pesakit dengan membaca ayat tahiyat solat dan selawat tafrijiyyah. Kemudian, saya minta keizinan untuk solat hajat di bilik rawatan.


Di akhir sujud, saya membanyakkan bacaan ayat Hajat. Sesudah itu, saya duduk bersila dan membuat ritual Mata Batin bagi mengesan kedudukan Maria berada. Hal perjalanan rohani begini tak perlulah saya ceritakan kerana kisah agak panjang dan susah untuk difikirkan secara akli. Setelah berjaya menjejaki Maria dan mendapat keizinan Raja Agira, saya tamatkan ritual amalan. Lenguh dan bisa badan mula terasa. Syukur pada Allah, proses kebenaran dari Raja Agira berjalan dengan baik kerana dia juga Muslim.


Saya menjenguk pesakit di ruang rawatan.


Saya: Dengan nama Allah, bangun lah kamu dari lena.. Allahuakbar!


* Saya menyambung bacaan dengan ayat dari surah Az-Zumar:42 dan menepuk dahi pesakit perlahan-lahan. Pesakit bangun dan duduk berlunjur mengadap saya.


Pesakit: Terima kasih Ustaz. Maria ada disebelah saya sekarang. Tapi dia tak dapat saya sentuh. Hanya boleh lihat. Kenapa Ustaz?


Saya: Sebab kamu bukan Islam. Mahukah kamu memeluk agama suci ini?


Pesakit: Kalau kerana Maria, saya mahu memeluk Islam..


Saya: Kamu tak boleh masuk Islam kerana Maria. Saya khuatir, kamu akan murtad jika Maria mati. Semua makhluk akan mati wahai hamba Allah..


Pesakit: Demi Tuhan Islam, saya ingin menjadi Islam kerana hati Ustaz. Saya terpaut dengan apa yang Ustaz nyatakan. Bolehkah Tuhan Islam mengampunkan saya Ustaz?


Saya: Tuhan Islam adalah Tuhan seluruh makhluk di alam ini. Allah nama agungNya. Allah akan mengampunkan setiap hambaNya jika memilih kebenaran. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...


Pesakit: Macam mana caranya saya boleh menjadi Islam Ustaz?


Saya: Mengucaplah wahai hamba Allah...


* Saya menyuruhnya mengucap dan dia mengikutinya..


Saya: Sekarang, kamu telah Islam. Saya cadangkan kamu ke XXXXXXX... Ada kadi dari kalangan kamu di sana. Berkahwinlah dengan Maria dan moga kamu hidup dalam rahmat Allah.Mulai hari ini, saya gelarkan kamu dengan nama Abu Rahim (hamba yang penyayang).


Pesakit: Terima kasih Ustaz. Saya berjanji tidak akan mengganggu manusia lagi..


Sebelum keluar dari badan pesakit, Abu Rahim mencium tangan saya. Pesakit kemudiannya terpinga-pinga seperti baru sedar dari mimpi yang panjang....


Terpanggil dengan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Abu Rahim, saya melayari laman Youtube. Beautiful Maria Of My Soul...lagu cinta ala barat...


-----------------------------
In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away


Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away


On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face


Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow


Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul


Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change


And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul


Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul


--------------------------


Sumber:  http://darulmanzil.blogspot.com/


http://kumbangjingga.blogspot.com/2012/04/beautiful-maria-of-my-soul.html