ayatul kursi

ayatul kursi

Sunday, March 13, 2011

BERSOLEK ADALAH TANDA KEKOLOTAN

 
gc: bgini la cara mekap menipu mata, haha~bila mekap tebal bgini, beast pun ble jd superb. haha...tu la psl mekap diharamkan islam,kerana menipu org sekeliling.
okay,serius, sila bca artikel serius ini.

Seorang sasterawana Perancis yang terkenal berkata: “Secantik-cantik seorang gadis ialah yang tidak menyedari kerupawanannya”. Si cantik manis lagi rupawan tidak akan berhajat kepada segala alat-alat solek kerana ia sudah berpuas hati dengan apa yang ada padanya. Wanita bersolek, alamat lemah mentalnya.Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama

Di zaman silam, amalan bermake-up ,wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras – adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman modenini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud: 

Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab: 33)

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-BukhariRahmatuLlahi‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).
Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al- Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud: 

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”(al-Nur: 31) bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak. 

Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud: 

“Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31)

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.
Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ!.Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.
Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas bentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya.
Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman Allah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!! Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud 

“Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (al-Nur: 31)
Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut.Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyongan badan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang ternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti ini dimaafkan.



TRADISI BERMAKE-UP (BERSOLEK) 

Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu
tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!
Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku, nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan berlaku sama sekali. Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..?
Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atau perbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang naluri masing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku mereka lemah lembut serta memiliki hormon-hormonFauicolone danPrageslerone. Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Sedangkan kaum lelaki pula memiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaum wanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifat- sifat ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.
Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau pun bertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam ayat-ayatNya yang bermaksud: 

“Bukankah dia didahului setitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadi segumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan”(al-Qiamah: 37-39).

  

sumber : Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan) 

GC : berharap kalau dapat dielakkan,silalah elakkan~huish~nauzubillah 

No comments:

Post a Comment