Kerana aku dimotivasikan oleh sabda di bawah ini ,
Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian. " ( HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)
Dalam banyak-banyak ayat al quran, ayat ni la yang aku suka baca. sejak kecil , honestly , mak abah aku tak pernah ajar baca surah-surah Al-Quran, apatah lagi menghafal, cuma mak aku pernah ajar aku mengaji la, slebih nya blajar kat sekolah, tapi, dulu aku ni kira penakut tahap gaban kat kegelapan dan hantu. Dari kecil aku asyik fikir macamana caranya supaya aku tak jadi penakut, (malu sebenarnya, pasal aku membesar dengan abang-abang aku, so, kalau ada salah seorang yang jadi penakut , mesti diketawakan, lupa sebentar diri ini seorang perempuan) .
Jadi aku ada terbaca satu kisah ( tak ingat mana punya majalah) , kisah seorang hamba Allah S.W.T yang suka amal ayatul kursi ni. Lepas solat , dia mesti amalkan, hatta sebelum memulakan perjalanan kerana yakin perlindungan yang Allah berikan jika dibaca ayat ini. Lalu, nak dipendekkan cerita, hamba Allah ini pergi lah merantau, (tak ingat mana hamba ni pergi) yang pasti, beliau pergi bermusafir la dengan menaiki bas, ditakdirkan , pada hari itu , bas yang beliau naiki terlibat di dalam kemalangan jalan raya yang dahsyat. Kesemua penumpang di dalam bas itu maut kecuali hamba Allah ini. Menghairankan, tiada sedikit calar pun pada badannya , ketika ditemubual, beliau ketika kemalangan itu tengah tidur , dan merasakan badannya ditarik keluar dari bas sebelum kemalangan itu. bila sedar, beliau menyedari, bas telah pun masuk gaung. ditanya doa apakah yang diamalkan utk keselamatan diri ? beliau selalu mengamalkan ayatul kursi lepas setiap solat dan sebelum memulakan perjalanan. dia kata , baca ayatul kursi ni banyak kebaikannya, untuk jaga keselamatan diri dan boleh juga diamalkan utk mengelak gangguan syaitan. wallahualam.
Mengetahui kelebihan ayatul kursi ni, Aku mula pasang niat nak hafal habis-habisan ayat kursi ni, nak tau macamana? sebelum tidur, aku baca ayat ni. (kira aku buat mcm doa sblum tido la) , buku kecil ayat kursi tu aku sentiasa letak kat bawah bantal, dalam tempoh kurang sebulan, aku da boleh baca tanpa tgk lagi kat buku. masa nak baring, da boleh baca dalam hati dah ,sedar x sedar, aku da amalkan ayat tu hampir 12 tahun. dan sejak itu, rasa takut aku pada kegelapan dan hantu da hilang sepenuhnya,dan aku da tak takut nak kemana-mana seorang diri, asal langkah dimulai dengan Bismillah , kerana aku yakin kekuatan ayatul Kursi , dan aku juga yakin Allah maha kuat utk melindungi ku. Subhannallah , setelah beranjak dewasa, saya tak habis2 mempromote ayatul kursi ni kat kwn2 saya yang masih lg terikat dengan ketakutan. ( x nak la kata diri ni alim dan suci serba serbi) , tapi , apa yang baik dan membawa ke syurga tu kan baik utk kita share dgn kawan2 yang kita sayang. dapat pahala tau. wallahualam. kalau anda ikhlas baca ayat kursi kat atas, share2 lah kisah ini. :) ...x kisah orang copy paste, ni ilmu Allah. saya halalkan dunia akhirat. peace. salam ukhuwah~
No comments:
Post a Comment