Assalamualaikum, kerapkali saya terdengar orang yang sewenang-wenang nya buat dosa membalas nasihat orang dengan mengatakan, "kubur masing-masing", "jangan jaga tepi kain orang lain". "I don't give a damn on it" . Tapi tidakkah kamu berfikir wahai sahabat, ketika kamu mati nanti :
1. Orang lain yang angkat jenazah kamu ( bagaimana pula kalau jenazah kamu tu berat dengan dosa kamu?)
2. Orang lain yang membersihkan najis kamu kelak ( Bagaimana pula kalau najis kamu itu tak berhenti keluar, dan busuk pula? )
3. Orang lain yang bersusah payah menaik dan turunkan kamu ke liang lahad. (macamana kalo jenazah kamu tak diterima bumi?)
4. Orang tua dan keluarga kamu yang berdepan dengan masyarakat dan menyelesaikan masalah kamu (terpaksa menanggung malu atas dosa kamu yang Allah S.W.T tunjukkan kepada Umum)
5. Orang lain yang bersusah payah sempurnakan jenazah kamu dan memastikan aib kamu tidak terbuka di mata umum demi kerana islam memuliakan jenazah( tapi kalau Allah nak aibkan juga untuk dijadikan pedoman buat mereka? )
6.Dan akhirnya, Orang lain juga yang terpaksa kerah tenaga menggali kuburmu dua tiga kali dek kerana kewujudan makhluk-makhluk menakutkan demi memastikan mayat kamu selamat dari binatang berbisa yang dihantar Allah S.W.T.
Anda kira, dosa yang anda lakukan itu tidak berkaitan dengan orang lain? fikirkan sendiri..kesemua perkara kat atas ni adalah berdasarkan pengalaman masyarakat yang dipaparkan di media.tepuk dada,tanya iman. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment