ayatul kursi

ayatul kursi

Tuesday, January 10, 2012

Jangan Pertikaikan Kenapa Orang Perempuan Suka Menangis

Assalamualaikum semua, hari ni tajuk saya nak tulis tajuk perihal hati seorang perempuan, sesetengah lelaki memang tak faham apa sebenarnya yang ada dalam benak hati seorang perempuan, malah dimarah pula kata orang pompuan ni suka ambik hati dan 'over sensitif' , kadang malas nak layan sangat...alahai, apalah nasib orang pompuan yang jadi bini dorang yang tak faham ni. Sekeras-keras hati wanita,jika berdepan situasi yang menekan hati, pasti akan tumpah juga air mata...saya pun orang pompuan jugak, sejak dulu jika rsa nak marah , atau berdepan dengan situasi yg tertekan, saya pilih utk menyendiri, nak tau kenapa? sebab, saya benci menangis, benda tu scara automatik leh meleleh kluar dari mata ,apa lagi jika ada orang tunjuk 'concern' tanya kenapa?? aduh, memang tak boleh tahan...bleh pecah kolam..ada sesetengah lelaki juga kata , soal org pmpuan sensitif tu karut.=,=" .. ( alamat kena reject jugak pakcik yang cakap mcm ni) . Macamana la nanti orang pompuan tu nak ngandung dengan tenang ek kalo org laki berfikiran mcm tu? kesian sgt2, slalu telan pahit je... :(


kenapa ek orang lelaki tak nak faham hati orang pompuan? bukan kah Allah telah berfirman ,




"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.



Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan padaa bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.



Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan mejadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.



Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Dan seringkali kebijaksaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.




Dan akhirnya Kuberikan dia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita agar dapat digunakan apabila dia perlu. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan"


Wahai lelaki, fahamilah, wanita tanpa air mata bukanlah wanita. kalau anda lelaki yang mengharapkan seorang wanita yang berjiwa lembut dan sensitif , jangan pertikaikan hakikat ini , kerana itu lah sumber kekuatan wanita yang Allah S.W.T kurniakan, tanpanya, masyarakat akan menjadi sekeras2 manusia dan kasar berbicara. manusia mana kat dunia ni yang tak pernah nangis? Hatta Rasulullah S.A.W juga dikatakan seorang yang mudah menangis,menangis memikirkan nasib umat nya diakhir zaman . Malah sahabat-Sahabat nabi juga menangis atas kembalinya Rasulullah S.W.T ke pangkuan ilahi. Bayang kan betapa lembutnya hati insan kesayangan Allah ini. jika Baginda juga pernah menangis, apa lg kita manusia biasa?

tak perlu nak berlagak kuat la orang lelaki, hati itu adalah sesuatu yang vulnerable Allah ciptakan utk kita merasa erti kehidupan. Masa suka , masa duka , air mata pasti terselit dalam sebuah diari kehidupan. pasti nya ada hikmah Allah S.W.T kurniakan air mata buat setiap insan yang Dia ciptakan. jangan la diherdik wanita-wanita yang mengalirkan air mata ini, sayangilah , lindungilah hati mereka dari di lukai. itu lah yang membezakan wanita dari lelaki. ya,Air mata. disebalik air mata itu, wujud kekuatan dalaman yang mampu memotivasikannya utk menggegar dunia. 

Jika orang lelaki memandang rendah pada orang perempuan yang menangis, lelaki ini hakikatnya menolak pemberian Allah S.W.T. Malah egois kepada perempuan. 

GC: orang pompuan menangis bukan kerana mengada-ngada , tapi perlu perhatian dari kaum lelaki. hati yang terluka tidak dpt digambarkan dgn kata-kata, air mata ja lah jadi peneman. bila seorang wanita mengatakan mereka sedih, beerti , mereka maksudkannya.So dengarlah, bukan dorang nak minta penyelesaian pun, cuma perlu jd pendengar je. Jangan suruh wanita utk simply melupakan  kesedihan itu seperti petik jari. kalo bgtu cara org lelaki selesaikan msalah ( ke nak elak tgk org pmpuan nangis?) alamatnya, wanita itu mungkin mencari telinga lain yang sudi mendengar nya. ada berani? 

No comments:

Post a Comment